Wednesday, June 30

ini poket doreamon ker poket kangaroo ?



lihat budak darwin yang mengada inie.
setiap kali aku mahu kemas tempat mereka.
setiap kali itu juga dia akan terjun masuk dalam poket apron aku.

aku akan memakai pakaian lengkap setiap kali mahu membersihkan litter box mereka.
aku pakai penutup muka.
aku pakai sarung tangan.
aku pakai apron juga bagi mengelakkan bulu melekat di baju.
gerak gaya memang tak ubah seperti seorang pekebun yang mahu menebas rumput 10 ekar.
itulah pakaian harian aku setiap kali mahu memulakan tugas mengemas anak bulus.

si darwin pula memang menjadi kegemaran duduk di poket apron aku.
jika aku keluarkan dia akan melompat masuk semula.
erm....lantakla....jika tempat itu buat kamu rasa selesa.
dudukla...tidolah dan makanla didalam poket itu.
tapie jangan sampai membuang pulak dalam tue.
memang kena panggg dengan aku.
haha.

yang lain hanya menjadi penonton.
sbb mereka tahu bontot mereka tidak akan dapat menampung kocek apron yang kecil itu.
tapie ada juga yang mahu cuba-cuba meng'adjust' bumper kasik muat.
hahhhahha..manalah muat sayang oii.
kalau muat pon hanya ekor saja.
jadik sila jangan jeles jika nampak budak kecik ini terkedek-kedek masuk dalam poket dan ikot saja kemana aku pergi.
hhihihi.

12 comments:

  1. olololo comeinye die dok dlm tu...sj nk nyakat mama die ms nk wat kj eh..so notty :P

    ReplyDelete
  2. berat ler lin nak ngangkat diaorg sambil wat kije... tak pe.. praktis jd cam ibu ngandung gitu..hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cumelnya..nak mengemas gak ke??

    ReplyDelete
  5. haloh halohh darwin comel oke...

    jap jap nak bayangkan misz pinkie pakai penutup muka, sarung tgn dan apron....ohooo comel juge wink2

    ReplyDelete
  6. urm, mesti comel gila. kecik2 ni lah kena nakal, dah besar kang, mesti kita rindu kenakalan dorang.

    ReplyDelete
  7. beshnyer dduk kat dlm tu...hehehe...

    ReplyDelete
  8. creative budak darwin tu. pandai amek perhatian. teruskan ye budak sementara muat lepak lam poket kangaroo tu

    ReplyDelete
  9. Selambenye darwin. cute giler... cam nak gomol2 je... mmmmuaahhhss darwin.. sesungguhnye kucing kak chika tgk pasti cemburu. sebab semua tak muat dah... hehe

    ReplyDelete
  10. shekin
    memang dia suka menyakat..menyebok jerk nak masuk poket.
    degil ya amat.

    naddy
    hehhheh..praktis jadik mama.
    cuma kesian..terantuk2...dia.tapie tetap degil takmo keluar.

    qisha
    hhehhe..a'ah..nak tolong mama mengemas..darwin cakap.

    meow
    hehehheh.....kalo lin pakai peralatan..dah mcam nak wat fogging.

    etty.
    a'ah..bila dah besar mestie malas dah tak nakal lagie.

    itajeff
    kak ita nak join duduk jugak ker?
    hehheh.

    m4rilyn
    dia memang ada jerk benda nak buat.
    tak reti nak duduk diam sambil bersila.

    chika.
    darwin cakap terima kasih sbb cakap dia comel.
    darwin nie memang budak perasan.
    hehhehe

    ReplyDelete
  11. waah ader uniform utk mebersihkan mereka~~
    hikss~~

    ReplyDelete
  12. agent.
    hehheh..uniform tue wajib pakai.

    ReplyDelete