Monday, August 9

8.8.2010-segalanya buat kamu Daisy.


p/s : ketika gambar ini diambil ..anaknya sudah tiada.
jika masih idop aku tidak akan ambil.
sbb aku bimbang risiko akibat flash itu.


daisy.
kamu melahirkan anak-anak kamu begitu cepat.
aku tidak sangka dan aku sendirie tidak jangka.
aku kira-kira mungkin selepas hari raya.
perot kamu tidak besar..tapie aku lihat kamu cepat penat.

7.8.2010
aku lihat air pada kamu punya anu sudah keluar sedikit.
berwarna kecoklatan mungkin itu sudah tandanya.
aku masuk kamu bersama denis..
sbb aku tidak punya sangkar besar untuk mengasingkan kamu.

8.8.2010-8.00 pagi
pagi-pagi aku sudah jenguk bilik daisy.
lihat daisy masih belum beranak.
dia letih dan asik mahu tido.
kotak didalam cage denis sudah terbalik..
tangga dari satu platform ke 1 platform
sudah terjatuh dan lihat seperti sedang berantakan.
aku keluarkan daisy...dan biarkan dia bebas bermain bersama yang lain di dalam bilik.


p/s ; baju itu aku sambar, masih wangi sbb baru ambil dari dobi.huhu

10.00 pagi
aku jenguk lagi sekali..aku lihat dekat daisy punya sudah ada gelembung
seperti belon serupa duit syiling 50sen.
aku segera mendapatkan kotak.
syukur...aku punya banyak kotak sbb kotak itu aku jadikan tempat mainan mereka.
kotak itu aku letakkan di dalam bilik yang sunyi, gelap tidak ada sesiapa
kecuali aku dan daisy.
daisy sudah meneran...aduh...aku kaget.tapie aku perlu beranie.
aku perlu yakin untuk melihat semuanya.
yer semuanya.



p/s : ketika gambar diambil.anak dia sudah tiada.

11.00 pagi
anak pertama daisy keluar.
anak dia berwarna kelabu bercampur putih.
keempat kakinya berstokin.
aku jangka dia betina...aku tiada masalah mengenal jantina
walaiupon anak bulus yang baru lahir.
sayang...hayatnya tidak panjang....
daisy tidak pandai menjilat selaput yang menutupi tubuh anaknya.
anaknya mati lemas.
aku?....bersalah teramat sangat...aku tidak tahu.
kawan-kawan yang aku hubungi tiada pengalaman.
kak nurul aku telefon tidak berangkat mungkin tidak menang tangan uruskan portion blackwood.

p/s : ketika gambar ini diambil anak daisy sudah tiada.

11.20 pagi.
anak kedua daisy sudah keluar kaler cream.
cantik, aku harap dia hidup.
kali ini aku tidak berganjak walau 1 minit sekalipon.
stiap saat aku usap kepala dan perot dia.
daisy minta perhatian dan restu aku mungkin.
aku bersyukur...
kali ini kak nurul dan eiza tak putus membantu aku.


kak nurul tidak pernah putus asa memberi nasihat.
eiza tidak pernah kenal erti jemu menyokong dan menenangkan aku.
alhamdulillah.
selaput anak daisy aku berjaya buang.
uri dia aku berjaya potong walo tangan ini mengigil2.
tapie hayat anak dia yang ke-2 juga tidak lama.
mati...aku tidak tahu sbb apa.
nafas dia laju....dia menarik nafas agak sukar.
beberapa jam kemudian dia pergi mengikuti kakaknya.

maafkan aku...aku sudah cuba yang terbaik.
aku sudah suakan kamu puting ibumu.
aku sudah tiop mulot kamu semoga udara masuk ke dalam badan.
tapie keadaan kamu tidak menampakkan perubahan.
kamu termengah-mengah tapie kamu tidak berupaya untuk mencari susu ibumu.
kamu termengah-mengah tapie bila aku pegang kamu tidak menolak.
kamu redha seolah kamu tahu ajal kamu sudah tiba.
aku pernah terlepas cakap aku tidak mahu kamu.
tapie aku tidak berniat untuk membuang kamu pergi jauh dari hidup aku.
maafkan aku....aku sudah habis daya dan aku sudah mati akal.

11.40 pagi
anak yang ke-3 keluar.
aku buang selaput dan aku potong urinya.
sebaik sahaja semua selesai.
anak daisy sudah pandai mencari tetek ibunya.
daisy tidak pandai menyusukan anaknya.
semuanya perlu di ajar.



daisy dan duke.
sila jaga anak kamu..satu-satunya anak kamu.
2 lagi anak kamu aku tidak dapat selamatkan.
tapie aku syukur...kejadian itu berlaku ketika aku berada di rumah.
jika berlaku hari ini.
aku pastie tidak akan ada keturunan kamu.
untuk itu, peliharalah dia.
aku akan setia bersama kamu menjaga dottie ;)

maaf jika entry kali ini terlalu panjang.
aku tidak berupaya untuk memendekkan.
kerana aku tidak mahu hilang walau sedikit pun kenangan.
lebih-lebih lagi aku sendirie yang menyambutnya.
akan aku abdikan semuanya dalam memori hidup aku.

pada kak nurul- terima kasih menolong aku, terima kasih meminjamkan cage untuk aku.
jasa kamu aku bawa sampai matie.
pada eiza- terima kasih kamu menenangkan aku tatkala aku sedang panik.
pada kamu cat lover...terima kasih menyokong aku selama ini.
tanpa kamu aku akan tidak akan punya siapa-siapa untuk berkongsi cerita.
semoga kita kekal bersahabat untuk hari ini dan masa akan datang.
insyaallah.

19 comments:

  1. OMG~~ :(
    kesiannya baby dier takde.r..1st baby kak..lagi pun dier tak sempat berguru ngan maner2 kucing yg berpengalaman kan..
    kira anak x cukup bulan lah nie..

    nnti kan baby dier mesti lambat sikit tumbesaran... :(

    hmm...

    ReplyDelete
  2. sedihnye bace entry nie..
    hope everything will be fine..

    :(

    ReplyDelete
  3. pengalaman kan lin. InsyaAllah. satu hidup.

    semoga dia terus panjang umur,

    ReplyDelete
  4. semoga tabah ye senua.

    bak kata tedi...pengalaman hidup. cik marie penah smbut kucing beranak gak suatu ketika dahulu tp bernasib baik walau pun kucing tu ptama kali beranak dia dah tahu.

    mungkin daisy terlalu muda kot..lom bersedia nak jadik mak

    ReplyDelete
  5. cepat nyer daisy lahirkan baby...
    smoga baby n daisy sihat sentiasa...

    ReplyDelete
  6. dpt bayangkan perasaan misz pinkie, sy pon penah melalui detik2 cemas tu..mmg panic sgt2

    misz pinkie, jgn lah sedih sbb kamu dah melakukan yg terbaik. mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi ni

    smoga daisy dan anaknya yg bertuah itu akan diberikan kesihatan yg baik dan smoga misz pinkie sntiasa gembira di samping anak-anak bulus, amin...

    ReplyDelete
  7. alahai..sayangnya..saya pon pernah berhadapan dengan keadaan macma tu. memang menangis2 lah jawabnya. ketakotan pon ye juga. maybe baby tu mati sebab daisy pon kecik lagi..tak cukup besar dan bersedia untuk menjaga dia.apapon, harap baby yg hidop tu sihat2 hendaknya. love you...

    ReplyDelete
  8. lin, salam takziah..jgn lupe cpt2 zass kan daisy sblom die menggatal lg...
    kite pon da tlambat utk menge-zass gegurl kt rumah..akibatnye skang ni da terpeknen sekor..huhuhu..

    - shEkin -

    ReplyDelete
  9. sedih baca entry ni...sabar yer Lin...btul ckp mmania tu, ada hikmah disebalik kjadian ni. Semoga daisy cepat sembuh & Dottie membesar ngan sihat mcm Dottie astro ria...hehehehe

    ReplyDelete
  10. it's okay kak lin..saya paham sesgt apa yg akak got through sbb sy pun jadi bidan tuk koko yg beranak pd 25 july..mujur tak tido lg sbb dy beranak tgh malam. still tak leh lupa suara dy meneran dan saat baby2 dy keluar..
    semoga baby daisy sihat dan kuat..insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  11. sedih. tp mungkin ada hikmahnya. plz ajar daisy jaga anak dia ye. selalu anak first ni, mak kucing tak pandai jaga anak sgt.

    nasib baik terjadi masa ada kt rumah. see, Allah tau yg terbaik kan....

    syg daisy...

    ReplyDelete
  12. argh... beberapa hari tidak menjengah blog, mcm2 yg dh berlaku rupanya...

    AMD tabik dgn Lin sbb berani sambut baby... x sangka awal plk daisy deliver ek... nasib baek Lin perasan...

    ReplyDelete
  13. agent
    tak pastielah sbb apa.
    daisy umo dah lebey setahun..tapie masih tidak tahu menjaga anak ;(

    sharz
    tahanks..harap semuanya ok.amin

    tedi
    thanks....moga dia terus panjang umo.
    insyaallah.

    m4rilyn
    daisy dah lebey setahun..dia tahu semuanya..sampai sekarang dia tidak mahu jilat anak dia ;(

    zeti
    samala zeti.

    naddy
    harap begitulah...doakam dia sihat n membesar bagai johan.

    meowmania
    terima kasih..nasihat kamu akan aku jadikan penguat semangat.

    leeya
    thanks...moga dia sihat seperti dottie.

    ekin.
    itulah..tak sabar tunggu dottie putus susu..nantie leh zass daisy cecepat.

    itajeff
    thanks akak...kita doakan sama-sama yer akak.

    lili
    itulah..pengalaman itu mendewasakan kita.

    etty
    thanks..syukur kejadian dikala lin dirumah..
    kalo tidak sekor pon tidak akan hidup.
    cuma daisy sekarang amat membenci anak dia ;(

    amdie.
    memang tak sangka langsung..perot dia tak nampak sangat.
    tiba-tiba sudah mahu bersalin.
    tapie..daisy ini serba serbi tidak pandai..risau plak lin

    ReplyDelete
  14. huuu..pengalaman tu...kalau cik siti, pun mesti akan panik jua..

    alhamdulillah sekor masih idup, ada jg keturunan daisy & duke..tapi kesian dottie takde teman sepermainan.

    ReplyDelete
  15. *Sedih*

    Ajal-maut Allah yang tentukan... you have done the best for them! *Proud of youself*

    ReplyDelete
  16. salam kak..sedeynye kak..
    1st time ekh kak daisy beranak..
    pengalaman lola..slalunye yg 1st bmasalah...hope akak tabah ekh kak..
    ape3pn tarikh besday cucu akak same dgn lola laa ekh..ske3 ;p

    ReplyDelete
  17. lin kena pantau selalu daisy dengan anak dia. takut nanti dia makin benci dan tak mau langsung nyusukan baby. sian baby.

    ReplyDelete
  18. cik siti
    alhamdulillah sekor masih bernyawa.
    memang panik ya amat.
    kesin jugak dottie takde teman ;)

    kak umi.
    thanks akak....lin dah cuba yang terbaik.
    tapie semuanya adalah ketentuan Ilahi.

    lola.
    insyallah..ada kawan sekeliling yang memberi sokongan itu adalah lebey bererti.

    neway...hepi besday lola..suka dottie ada kawan mama dia yang sama lahie dengan dia.

    etty.
    semuanya dah kembali normal..daisy sudah muler mengenal erti ibu ;)

    ReplyDelete