Tuesday, August 17

Daisy ..maafkan aku


malam tadie.
aku menangis lagie.
sejak dottie dilahirkan aku kerap menangis.
airmata ini bagai tiada takungan.
bagai tiada sempadan.
deras bagaikan air sungai yang mengalir.

aku pernah mengatakan daisy sudah muler menyayangi dottie.
ntahla...sekejap dia ok sekejap dia tidak peduli.
kamu bayangkan ...selama berjam-jam aku bersamanya.
langsung dia tidak menjenguk anaknya.
walopon pada ketika itu mereka duduk 1 sangkar.

dottie kehausan.
hinggakan terkeluar dari box.
cuba sehabis daya merangkak mendapatkan ibunya.
sambil menjerit-jerit meminta seteguk air.
aku biarkan, sbb aku mahu tengok apa reaksi ibunya.

daisy tetap tidak peduli.
bila dottie mahu menyusu dia berlari ke tempat lain.
susu daisy pula hanya ada satu yang berfungsi
yang lain aku picit tidak keluar susu.
ntahla..aku sendirie tidak paham.
sbb itu juga aku terkilan daisy termengandung
sebelum sempat disunatkan
sbb aku tau daisy tidak mampu menjadi seorang ibu.
tapi sudah terlambat.
aperpon yang berlaku aku akan pastikan dottie selamat.
itu yang lebey penting pada waktu ini.

malam tadie seperti biasa aku memantau keadaan dottie
alhamdulillah masih bernyawa.
dia kehausan...aku ambil daisy baringkan dan letak dottie untuk menyusu.
daisy bangun..aku jentik telinga dia.
daisy bangun lagie..aku jentik lagi.
aku jentik , jentik, ..dia tetap mahu bangun.
aku jentik lagie dan seterusnya aku sendirie menangis.
aku menangis sbb pertama kali aku jentik dia.
aku menangis mengenangkan nasib dottie.
daisy pandang aku....aku tidak tahu mahu cakap apa lagie.
kami hanya bertentang mata...semoga dia dapat baca apa yang tersimpan dalam hati aku.

daisy.
aku mohon sayangilah anak kamu.
aku mohon bagilah dia peluang untuk hidup
aku mohon supaya kamu curahkan kasih sayang kamu itu kepada dia.
aku mohon kamu menjaga dia sementara dia masih hidup semoga kamu tidak menyesal di kemudian hari.

dottie.
bertahanlah....semoga nyawa kamu panjang.

daisy...andainya kedatangan aku menjenguk kamu buat kamu tidak selesa.
aku tidak akan menjenguk dan memegang anak kamu lagie.
mungkin kamu sangat cemburu...
tidak apalah....kasih sayang ini aku hanya akan bagi untuk kamu seorag.
hanya untuk kamu.
aku hanya akan pnadang dottie dari jauh sehingga dottie betul-betul boleh berdikari.
mungkin sampai saat itu nantie...cemburumu sudah berkurangan.

14 comments:

  1. awak...kalau baby tak dpat susu secukupnya, better pergi beli susu di klinik, kucing fira baru sebulan, maknya hilang... dan nak tak nak terpaksa belikan susu dan ajar dia minum guna botol susu, dan sekarang sihat walafiat dan paling kita tak sabar waktu die melompat-lompat tgk kita bawa botol susu dia. Bila dapat botol, mmg dia tak bagi orang lain pegang, pasal dia nak minum sendiri. Now i miss them.... arrr nak balik rumah lah....

    ReplyDelete
  2. fiera
    bukan tak nak kasik..tapie dia kecik lagie..mata pon belom bukak.
    lin pon pernah jaga kucing yang ketiadaan ibu masa tue kcuing tue baru 3 minggu..sekarang dah besar pon.
    tapie dottie nie kecik sangat lagie..kalo salah bagi..risau akan masuk ke paru-paru.

    ReplyDelete
  3. haah, baby sangat, ingat fira dah besar, hurm kalau macam tu pujuk mummy die jugak untuk breast feed kan lah... usaha tangga kejayaan!!!

    ReplyDelete
  4. fiera
    thanks...usaha tangga kejayaan.
    pastie boleh.
    insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Mungkin si daisy tu xde susu kot or mungkin daisy tak pandai lg menjadi seekor ibu. Bile kene kes mcm nie, kite yg kene bantu si baby. try bg dia susu by botol yg kat klinik or kat mane2 pet. Or tak pun try bg pasaiiiii.. alahaii ape ke nama bendenye tu ehh.. Alah kalau kite nak bg budak2 makan ubat kite pakai bende alah tu. Tp kene make sure kene bg pelan2 and sikit. kalau kite tak tolong, takot nanti dottie mati plak pasal xde susu utk membantu dia hidup and membesar. tryyy your best jgn biar dottie kelaparan.

    ReplyDelete
  6. lieya.
    thanks..lin akan cuba yang terbaik.
    hope mereka berdua sihat.
    itu yang lebey penting.

    ReplyDelete
  7. sedihlah lin. kalaulah kita tau kn apa yg daisy fikirkan...

    takpe lin, sabar ye. usaha betul2.

    ReplyDelete
  8. sedih la...

    Baby kucing ika dulu pun kitorang jumpa mata baru je buka. dr suh paksa bagi makan wet food dlm botol or shringe. susu pun ok tapi food better kata dr.mix ngan air n glucose. blende science diet(id wetfood). Tapi baby dah buka mata walaupun blom masih sgt kecil. tak macam dottie. harap sgt dottie dpt membesar. kesian dia...

    sabar ye lin. harap segala usaha lin berjaya... Harap sangat Daisy berubah dan dottie survive.

    ps; titik skit glocose or air gula dlm mulut dottie utk energy. biar dia ada tenaga nak gomol tetek mak dia tu...

    ReplyDelete
  9. etty
    harap sangat daisy n dottie sihat.

    chika
    lin cuba nantie...daisy pon susu bukannya ada sangat..mata dottie dah bukak suku.'
    hehhe

    ReplyDelete
  10. cian kat dottie...
    hurm.. daisy x pandai lg nak jaga..
    apa kata lin cuba cari ibu kucing tumpang mane2 yang blh tlg susukan dottie..?

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaa...suka tau cik linda ni buat cite sedih2..hhuuhuhuh...nanges je bace...hope dottie tu panjang umur dia..insyaAllah...sekuat nama dia..dottie( xde kaitan)..nge...bertabahlah...jgn la nanges byk2 sngt cik linda...hukhuk...

    ReplyDelete
  12. pernah gak jiran dpt meow baru 3hari..bagi susu botol..sampai dah gemok gedempol...cume kene bagi perhatian lebih..

    mase anak baby dulu cari mak angkat tapi mlm tu hujan pas2 xbagi minum susu..esoknye dah mati dah...

    klu daisy degil jugak xnk susu kan dottie better cari mak angkat..takut pape jadi je nanti...
    nanti lin mesti lagi sedih kan...

    ReplyDelete
  13. sedih baca n3 nie.

    daisy sangat tak ready nak ada baby.

    lin kene tegas ngan Daisy tu. sian Dottie

    ReplyDelete
  14. fiza.
    daisy dah muler pandai jaga dottie.
    cume kesian susu daisy tak banyak.

    sharz.
    hope daisy dan dottie ok.
    daisy dah muler nak melayan anak dia.
    dah muler ada keluar suara-suara panggil anak dia.

    dir.
    hhehe..dah sedey takkan nak ketawa pula.
    skarang nie daisy dah ok..harap kekal hendaknya.

    marilyn
    dah terlebey tegas..kekadang sampai kesian plak kat daisy.
    tapie skang daisy macam dah pandai.

    ReplyDelete