Friday, August 13

Sayang...semoga kamu baik-baik saja sepeninggalan mama ;)

hari ini minta permission boss untuk balik awal.
aku sudah ambil tiket balik kg jam 4.00ptg.
moga-moga sempat aku berbuka puasa di rumah.

seperti biasa perkara paling dirisaukan ialah anak bulus.
aku pastie rindu akan mereka.
masakan tidak hidup aku 70% adalah untuk mereka.
setiap kali mahu balik kampung aku akan nangis sambil diperhatikan semua anak bulus.
giler kan?....tapie aku nampak wajah mereka pon suram.
keadaan akan jadi sunyi sepi seketika.
aku akan pesan kepada mereka sbb aku tau mereka jenis paham bahasa.
aperpon hati sentiasa berat mahu tinggalkan mereka
lebih-lebih lagie sekarang daisy sedang dalam berpantang.


aku terharu melihat kamu begitu daisy.


daisy aku tau kamu sangat menyayangi dottie
aku tahu kamu berpura-pura seolah-olah dottie diabaikan
andai kata kamu marah aku sentiasa mengawasi kamu.
aku mohon maaf, aku cuma ingin pastikan dottie punya susu yang mencukupi
sbb aku jugak terlalu sayangkan dia.

sekarang dottie sudah ligat merayap.
kadangkala sampai terkeluar dari box.
daisy tidak pandai mengonggong.
malah dia gigit kepala dottie.
aduhai risaunya...
walopon aku tau gigitan itu tidak kuat.
mahu beri box yang tinggi daisy tidak mahu.


ini adalah tali pusat dottie.
aku simpan rapi sbb dia kering.
aku selalu cerita pasal dottie dan simpan segala benda tentang dia bukan bereti aku pilih kasih.
aku sayang kesemuanya sama rata.
tidak ada lebih dan kurang.
cuma dottie ini aku berharap sangat dia hidup dan membesar dengan sihat.
andaikata dia mati.
aku tidak mungkin akan dapat bendung rasa bersalah.
kematian 2 ekor anak daisy ketika dilahirkan sudah cukup buat aku rasa bersalah.
hanya dottie saja harapan aku....
hanya kamu dottie
hanya kamu.



pagi tadie sebelum pergi kerja.
aku tengok dillan bukan main asyik dengan seekor binatang ini.
dia yang tangkap..sbb dia tidak ada bersama denganku ketika tidur,
yang ada hanya dragon dan dani.

rupa-rupanya dia sedang memburu binatang.
ohh..binatang itu aku sanga-sangat takut.
syukur kamu tidak mengonggang binatang itu bawa ketempat tidur.

dillan muker kepuasan lihat lipas itu mati.

Dillan jangan pernah berhenti memburu binatang yerk.
selagi kamu boleh tangkap..tangkapla.
tapie tolong jangan makan.

ya Tuhanku.
aku terlalu sayangkan mereka....
hanya kamu yang tahu bahawa kasih sayang aku kepada mereka tidak akan pernah ada ukurannya.
andaikata terjadi sesuatu ketika dalam perjalanan aku hari ini.
kau lindungila mereka..
kau peliharalah dia.

ya Tuhanku.
aku berharap sepanjang ketiadaan aku.
kau awasilah mereka.
kau berilah sedikit akal kepada mereka supaya mereka tidak buat perkara yang bukan-bukan.
kau sebokkanla aku supaya aku tidak berfikir tentang mereka.
aku takut jika akan terlalu merindui mereka.
airmata aku tidak akan berhenti mengalir.

pak tua terima kasih kamu sudi meluangkan masa bersama mereka.
berkongsi segalanya tentang mereka.

kepada kamu wahai kawanku.
doakan aku baik-baik saja yer..

10 comments:

  1. selamat pulang ke kampung lin..pesan kt driver hati2 drive bus tu..

    insyaallah budak2 tu nanti selamat la hendaknya sepanjang ketiadaan lin..

    ReplyDelete
  2. semoga selamat pulang dan kembali ke sisi anak bulus....nad pun balik kg malam ni... angkut anak bulus ikut skali..hehehe

    ReplyDelete
  3. saye ade kucen kesayangan tapi da mati.sedey giler.. :((

    ReplyDelete
  4. jadi cam Puffy..hahaha..hari2 tangkap Lipas.. :)

    ReplyDelete
  5. pulang ke ganggang ek?

    semoga selamat semuanya ye

    ReplyDelete
  6. hehehe..macam tu la perasaan saya tiap kali nak balik rumahma, sebab nezha kena tinggal sorang kat rumah. macam2 pesanan ditinggalkan. biasanya saya akan letakdia jauh2 ke belakangsupaya di atak nampak saya keluar pintu, dan yg sebenarnya saya yang tak sanggop keluar pintukalo nampak muka nezha tengah tengoksaya. uwwaa.. eh, selamat berbuka di kampung.

    ReplyDelete
  7. alahai sedih pulak baca, faham sgt prasaan misz pinkie tu

    meoww doakan smoga anak-anak bulus selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya, amin

    harap misz pinkie dpt bergembira bersama keluarga di kg, jgn risau2 yer :)

    ReplyDelete
  8. ala... lin ni sengaje nak wat cerita sedih di bolan pose.. xpe anak2 bulus akan baik2.. InsyaAllah...

    namo nakal2 ye All da D`s....
    nanti mummy Ciki pelok syiom sume....

    ReplyDelete
  9. lately ni entry lin selalu buat kak rasa nak nangis & last2 menangis..hehehe..sedih tau!!..i knw exactly how u feel, kita yg syg ngan makhluk istimewa ni mmg berkongsi rasa yg sama...Lin jgn risau ya..inshaallah budak2 tu baik2 saja...Allah lindungi mereka...:)..

    ReplyDelete
  10. cik siti
    thanks cik siti...lin dah selmat pulang..budak-budak pon sihat.syukur.

    naddy
    nad....bestnya anak bulus ikot sekalie.

    amie
    alahai sedeynya..camne boleh mati..jodoh dia bersama kamu tidak lama barangkali.

    agent_sesat
    hehhhe...mestie lipas pon takut tengok dia

    m4rilyn
    alhamdulillah..semuanya selamat.

    leeya.
    thanks..memang sedey nak tinggal anak bulus...nantie raya lagielah sedey...aduhai.

    meow
    thanks....lin pon dah selamat balik, anak bulus bukan main happy lagie.hehhe

    ekien.
    hehhe....diorang cakap tak sabar tunggu mummy ciki pelok.hehehe

    kak ita
    thanks akak......perasaan dan naluri kita sama kak ;)
    lin dah selamat sampai semalam..alhamdulillah semuanya sihat...dottie pon dah kuat merayap.

    ReplyDelete