Friday, October 15

lepaking bersama anak-anak..satu terapi bagi aku ;)


bila kamu tengok gambar ini
kamu sudah tahu sangat meriah.
yer meriah seperti meriahnya orang kerja kawin.
macam nielah hari-hari setiap kali balik dari kerja.
pada aku...mereka tidak langsung membebankan.
aku jaga mereka elok.
makan minum mereka aku bagi yang baik-baik.
bulu mereka aku sikat hari-hari.
bila cukup umo mereka..aku kembiri sekor-sekor.
seronok dan bahagia apatah lagie bila tanggungjawab aku sebagai pencinta kucing terlaksana.


aku tidak langsung rasa kerugian menjaga mereka.
setiap bulan aku keluar beratus-ratus bagi memastikan mereka sihat
dan keperluan mereka cukup.
tidak langsung aku rasa rugi malah bersyukur,
poket aku sentiasa penuh..dan rezeki melimpah ruah.
alhamdulillah,,syukur padamu Tuhan.
aku menjaga makhluk ciptaanmu, dan KAU memberi balasan diatas setiap keringat yang membasahi aku setiap pagi dan malam.


biarlah ada segelintir mengatakan memelihara kucing itu satu pembaziran.
biarkan..biarkan mereka dengan cara mereka.
aku senang dengan cara aku.
pengerakan aku seperti biasa.
hari minggu aku sentiasa terisi bukan hanya dengan mereka.
aku keluar shopping, dating,..
pergerakan aku sama seperti aku tiada kucing dahulu.
apa yang penting....aku paham apa yang mereka mahu.
waktu makan mereka.
waktu tido mereka.
waktu main mereka.
aku jadualkan.

selagie aku mampu...aku akan kongsi apa jua yang ada untuk mereka.
kasih sayang, perhatian, komitmen,..semua aku sudah pikir seawal sebelum memiliki mereka.
jika kamu bukan pencinta kucing.
kamu tidak akan paham apa yang aku cuba sampaikan malah kamu tidak akan ambil perhatian langsung.
cuma aku minta..kalo kamu nampak seekor kucing yang memerlukan sesuap makanan..
sedangkan pada ketika itu kamu hanya mempunyai sebungkus keropok udang.
aku harap kamu dapat berkongsi.

jujur aku cakap.
bila aku nampak orang memberi seekor kcuing itu makanan.
aku akan menangis..hatie aku jadik sebak, jadik sangat sayu.
alhamdulillah...masih punya orang mulia didunia ini seperti kamu.

tapie...
bila aku nampak kamu menendang seekor kucing.
yang bergesel di kaki kamu mengiow seolah merayu meminta secubit ayam goreng
yang sedang kamu makan.
aku akan menyumpah...kamu akan dibalas dengan sekejam-kejam pembalasan
dari DIA...Tuhan yang maha ESA.

8 comments:

  1. meriah sungguh rumah cik linda heheheh

    ReplyDelete
  2. alololo comel je..mmg pn anti org sepak2 meow time kt kedai makan slalu nmpk cma tu..geram je..alih2 qis pangey meow tu ke meja qis...seketul secubit byk mana la kan..slalu weekend time beli brkfst bwk skali mknan meow coz mt jmpe meow jalan..cian tgk dorg lapar mcm tu..sgt x smpi hati..

    ReplyDelete
  3. mmg meriah!

    setuju ngan misz pinkie, keseronokkan menjaga kucing tak dpt digambarkan dgn kata-kata..walaupon byk wang dihabiskan utk mereka tapi syukur alhamdulillah rezeki tak pernah putus :)

    ReplyDelete
  4. comel..
    nnti ye..
    geram betul..
    rase nk cubit2 je semua..

    ReplyDelete
  5. Btol2... bahagia sgt bela kucing.

    ReplyDelete
  6. tu la kan..ada orang suka kucing..ada orang tak suka kucing..tapi saya sayangggg kucingggg...kurus gemok hiam putih kelabu asap semua saya suka

    ReplyDelete
  7. naddy
    memang meriah pon..dah macam eknduri kawin.hehhhe

    qistina
    tul la..kita sama kan....semua cat lover pon camtue kan.

    nor aliyyah
    thanks.

    meowmania
    betol tue...syukur rezeki masih ada untuk mereka semua.

    ekien
    hehheh..cubit jerk sampai lebam.

    chika
    samala..bahagia..sesangat.

    leeya
    hahhahha...samala kita.

    ReplyDelete