Tuesday, November 9

Sila jangan muntah- part 1




aku dan dia.
kami mula berkenal-kenalan ketika kami sama-sama dalam kelab Ghetto.
kelab yang menghimpunkan skuteris2 dari pelbagai pelosok negeri.
aku salah satu skuteris yang boleh dikatakan aktif apa jua aktiviti.
itu dulu..zaman masih di alam remaja.




aku dan dia.
kami mula jatuh hati dan jatuh cinta bila kali pertama mengikuti aktiviti di pagoh.
ketika itu ada pameran skuter tercantik, vespa dan pelbagai lagi.
ohh..aku sudah lupa..benda sudah bertahun lamanya.


aku dan dia.
aku tidak suka dia..tetapie dia cuba tawan hati aku.
aku tidak ambil pedulik tentang dia..tapie dia sedaya upaya mahu kenal hati aku.
aku benci tengok muker dia hari-hari...tapi bila skuter aku rosak dia yang aku cari.

dia tidak pernah kenal erti putus asa..walopon aku pernah cakap aku tidak teragak2 tinggalkan dia...ketika itu aku memang tidak ambil port hubungan cintan cintun ini.
aku tidak suka terikat dengan apa-apa hubungan tapie lebih selesa berkawan.

dia menghilang kemudian muncul kembali.
dia bukan jenis kaki rayu atau kaki goda.
ohh..aku tidak minat lelaki mengada.
aku kalo dengna dia memang kasar..
panggilan aku dan ko memang itu selalu jadik pengganti diri.



dia masih mencuba utk jalinkan hubungan sebagai kekasih.
aku menolak..sbb aku bukan minah jiwang.
namun segalanya bermula di pagoh.
pintu hati aku sedikit demi sedikit terkuak untuk dia singgah.
dia cuba buktikan dia adalah yang terbaik.
ok..aku bagi peluang.
kami membuat perjanjian dalam kontrak percintaan.
aku dan dia akan jadik pasangan kekasih selama 1 bulan sebagai permulaan.

1 bulan kami cuba paham isi hati masing-masing.
ohh aku sangat degil..kepala sekeras batu blok di kawasan perumahan.
dia pula banyak bersabar..mungkin mahu tunjukkan dia yang terbaik.
lantak..tidak kira ko macamana, kalo 1 hari aku tidak suka..maka tetap tidak.

selama 1 bulan panggilan ko dan aku tetap tidak berubah.
" weii linda....ko nak makan apa".
" wehh...aku tak kesah..apa2 pon boleh"
itu contohnya..kasar kan..tapie itu selesa bagi kami.

tempoh sebulan hampir ke penghujung.
kami masih mahu sama-sama berkongsi cerita, pendapat dan pelbagai lagie episod menarik.
kami masih mahu lagie tumbuk menumbak, tunjal menunjal, sakai menyakai.
dia kata "ok lah...rasanya dah cukup sebulan,aku pergi dulu, terima kasih sudi terima aku buat sementara waktu"
aku jawab " aku tidak cakap mahu berhenti..kita sambung lagie 3 bulan".

adakah dia berjaya dlam tempoh 3 bulan buktikan keikhlasan dia?
adakah dia berjaya mencuri hati aku,dan adakah hati dia aku letak dekat dengan hati aku?
apakah sebab yang boleh buat aku terima dia sebagai kekasih hati sedangkan muka dia tidakla hensem seperti yang aku impikan?

tunggu episod "sila jangan muntah part -2"

11 comments:

  1. seronok bila dah jumpe kekasih yang sehati dan sejiwa...

    gud luck to you both

    ReplyDelete
  2. adooiii...

    mcm sinetron la plak...

    cepat r sambung... hik..hik..

    ReplyDelete
  3. ehehe...

    kita sama lah lin, ezan panggil dia pun aku kau jugak! walaupun kasar, tapi best, ehehe

    nak tunggu next episode pulak, hehe

    ReplyDelete
  4. alamak..ada sambungan plak... hihi

    nak tunggu next episode..tak sabo :D

    ReplyDelete
  5. kenagan lama..wakkakaka..nextttt!

    ReplyDelete
  6. wahh siap ada kontrak nih, hebat la misz pinkie hehe...

    ReplyDelete
  7. linda,
    kisah kita ada sedikit persamaan, incek hubby bukan pilihan hati pada mula2, kisah jual2 mahal tuh mmg dah biasa.. tp dah tgk kesungguhan dia nak siyes dlm hubungan, x sampai sebulan terus declare nak bersatu.. dan dlm masa kurang setahun, dah jadi somi isteri..

    kesimpulannya, kdg2 rupa paras yg kita idam2kan cumalah khayalan sbb yg lebih penting adalah jaminan yg dia akan sehidup dan semati dengan kita...yg penting, syarat utk menjadi seorng ketua keluarga adalah menjadi IMAM...insyaAllah, lelaki yg jaga solat akan menjaga kita dengan sebaik2nya..

    semoga hubungan kalian kekal selama2nya..amin ;)

    ReplyDelete
  8. omg omg omg...mmg tunggu lin buat entry ni pun. hahahahha

    ReplyDelete
  9. hehe.. drama sinetron di blog musz pinkie winkie.. hehehe

    ReplyDelete
  10. naddy
    thanks yerk...sangat serook.

    yaya
    hehheh..sinetron sila jangan muntah.

    ezan
    hehheh..walopon kasar tapie rasa sangat rapat.

    iela
    hehhe..thanks sudi mengikuti

    qistina
    kenangan lama yang masih segar diingatan.

    meow
    hehheh....tau takpe..hebat kan?
    ahaks.

    lia
    thanks doakan lin..kita sama.
    kadang2 apa yang kita mahu tidak tergapai..tapie kadang2 apa yang depan mata lagie indah dari apa yang di angankan.

    etty
    hehhehe.motip?

    fiza
    hehhe..drama sinetron.

    axie
    a'ah...memang ganas..tak sangka masih ada yang nak.hehe

    ReplyDelete