Tuesday, January 11

aku ada 2 cerita yang masih belum update ;)




cerita pertama.

itu berlaku pada malam minggu yang lepas.
cerita dimana aku sebok-sebok membeli sticker mahu buat operasi tampal-tampalan di bilik mereka.

sungguh comel ..sungguh cantik.
dari suram...kini sudah nampak serinya.
dari kusut kini sudah nampak kemasnya.
dari pudar kini sudah nampak cahayanya.


bilik kucing sama seperti bilik kita.
bila bilik mereka kemas..sedap mata mahu memandang.
member datang pon kita tidak perlu risau dan gusar.
kadang-kadang boleh lepak lagie di dalam bermain-main dengan mereka.

dulu..aku memang agak sukar mahu menempatkan mereka di dalam bilik.
aku risau pada keadaan, pencahayaan dan paling risau pada bau yang tidak enak.
tapie semua yang aku pikir meleset sama sekalie.


bila sudah mereka aku tempatkan didalam bilik.
keadaan seharian jadi lebih teratur.
lebih tersusun dan mudah untuk aku buat pemantauan.
bau juga tidaklah seperti yang aku jangka.
kadang-kadang seperti bukan berada di bilik kucing.
udara sentiasa keluar masuk.
alhamdulillah..mereka semua tidak pernah menyusahkan aku.



ini budak dottie.
pada 8.1.2011 budak ini genap berumur 5 bln
badan dia baru hendak naik.
dia sihat dan sentiasa aktif bermain.

terima kasih kepada b cayang pot.
sms kamu wish pada dottie sangat buat aku terharu
aku terharu kerana aku mamanya pon lupa pada saat kamu mengirimkan sms.
aku terharu kamu hafal kesemua kucing-kucingku.
sifat mereka.
apa mereka suka dan tidak suka.
b..aku doakan kamu sentiasa bahagia dunia dan akhirat.
aku bersyukur punya kamu dan sahabat kita yg lain yang cintakan haiwan ini
walaupon ada juga insan seperti kita yang sangat-sangat tidak menyukai kucing.


cerita kedua


cerita ini sudah agak lama.
tapie tidak lengkap jika aku tidak masukkan kedalam blog ini.



ini cerita ketika aku sedang bawa budak ini jalan-jalan ditaman.
punyalah senang sebab semua tempat dia mahu jelajahi
payah buat aku sbb tidak menang tangan mahu mengawasi.




budak ini memang ramai peminat.
jika aku bawa tabung derma mahu penuh agaknya.
pantang aku berhenti ada saja mahu mengambil gambar
kadang-kadang aku yang rimas sbb kesian melihat dragon yang sentiasa moody dan kepanasan.

tapie aku perlu bersikap profesional.
aku tidak perlula kedekut untuk berkongsi dragon dengan mereka.
aku gembira melihat dragon dipeluk dan disayangi.
secara tak langsung aku terharu bila setiap apa yang dragon perlukan dari makanan hinggalah jenis sikat yang digunakan menjadi perhatian.

menjaga budak dragon ini tidak payah.
cukup kasih sayang dan keperluan dia kamu jaga
sama juga seperti yang lain.
menjaga 8 ekor pada aku tidaklah rumit melainkan kamu sentiasa pikir ia adalah rumit.

8 comments:

  1. wahh...bukan main dragon dok atas dashboard ye..macam nezha jugak gatal beno kalo naik kereta. dragon besoooo... nezha pon tak sebesar tu. nak jugak cium2 polok2 diaaa...

    ReplyDelete
  2. amboi dragon siap lepak atas dashboard lagi, kalau dania tak dapat lah, asal naik kereta jew mesti takut,pelik betul :)

    dragon makin gemuk! comel sangat-sangat.

    ReplyDelete
  3. wahh dah cantik bilik bebudak tu yer...nampak ceria je macam tadika pulak hehe..mesti bebudak tu sonok ;)

    ReplyDelete
  4. senang klu semua sama ragam dan xde masalah bulu gugur yang teruk.. nnti kami nk pi bercuti b0leh lah b0arding kat rumah lin kan?

    ReplyDelete
  5. Hu hu... meh sini dragon mau pelok ketat2..ekekekkee

    ReplyDelete
  6. cantik nyer bilik diorg... dah mcm nursery ...
    suka2...

    ReplyDelete
  7. leeya
    a'ah..suka betol dia duk atas tue..padahal badan dah mengelungsur ke bawah.

    ezan
    hehhehhe...muler2 jerk tue..lama2 dia beranie lah tue.

    meow
    a'ah..dah macam tadika kan.
    diorang seronok tapie semua sticker nak kopek.

    thalhah
    hehhe.bab boarding tue payah sikit.nantie anak2cemburu plak
    hehe

    lieya
    ddragon datang dengan laju dan pelok lieya
    hehe

    sesemut
    hehhe..tengkiu ;)

    ReplyDelete
  8. lahai Dragon... berjalan2 di taman... nak jugak dia berjalan. bagusnya... rasa cam nak pinjam je... tp ade yg cemburu lak nnt...

    ReplyDelete