Thursday, July 7

Sardin, NAsi Lemak ,Sepinggan Ikan Bilis Utk Mat Ani.


semalam sangatlah kepenatan.
penat macam menarik bas guna tali rafia.
balik kerja terus ke mydin membeli barang dapur,
berhajat dgn pak tua ingin membuat nasi lemak malam tadie.
semua barang-barang telah pun dibeli.

sampai saja dirumah kepenatan tak dapat dibendung lagie.
sebaik saja bukak pintu rumah, terus aku bumm atas katil dan terus tertido.
tidak mandi dan tidak salin baju.
semua barang-barang termasuk barang dapur pak tua yang kemas.

tiba-tiba pak tua kejut..'sayang bangun, jom makan".
eh, nasi lemak, sambal tumis bilis, ayam goreng, telor goreng lengkap dihidang.
hahhah...pak tua sudah boleh menjadi suri rumah.
sudah pandai membuat nasi lemak...sangatlah sedap.
oh ya, tongkeng ayam pon ada...itu makanan kegemaran dia...dan aku jugak,hehe.
3 kali aku tambahhh!...giler kan.

bila dah makan nasi lemak mulerla mengantok.
anak-anak bulus pak tua yang layan dan dukong.
hehheh..tidak mustahil kalo diorang lebih sayangkan pak tua dari aku.
aku pon sambung tido balik....ntahla rasa sangat penat semalam.
poo n pee anak bulus pon tak kemas.
pagie ini aku bangun, semua dah siap.
baju dah basuh, baju semalam dah lipat,bekas poo n pee anak bulus pon dah kemas.
terima kasih sayang.....bertuah aku menjadi isteri norullfaiz bin rahmat
(muker lagend, nama kiuttt) hehe.
senangla kalo aku nak buat makan-makan dan ajak teman-teman nnatie ;)


sambal sardin pula, malam kelmarin dia buat.
setelah kepenatan sbb mengemas almari.
kelaparan mulerla tak dapat dibendung.
pak tua masak nasik, masak sardin dan buat telor dadar dan suap aku makan.
hehhehhe...aku pon macama ank bulus yg lain.
semakin mengada-ngada sekarang.hehe.
yelah dengan siapa lagie nak manja dgn suamila.


oh ya. mat ani pon dapat sepinggan ikan bilis.
bilis goreng itu untuk makan dengan nasi lemak.
tapie mat ani meminta-minta untuk menjamah.
dan akhirnya pak tua goreng sepinggan bilis untuk ani


...anak lain tak makan ikan bilis.
mat ani bedal sepinggan.
ayam rebus pon ko telan, bilis pon ko nak lagie.
untungla ko mat ani oiii.

(semua gambar adalah dari internet, pak tua segan gambar diambil)

semalam nak amik gambar, tapie pinggan dah licin..
pak tua cakap nantiela...dia masak special baru letak.hehe ;)
hari inie sy teringin nak makan ala western plak.

tapie macam nak makan nasi lemak seperti malam tadie.
kali ini mahu tambah 3kali ke atas.
atau lebih sennag makan pakai dulang...hahhha..giler kentang!

sebenarnya air tangan lelaki lagie sedap dari perempuan.
lebih-lebih lagie kalo lelaki itu suami kita sendirie.
mereka buat kerja pantas tapie hasilnya sangatlah marvelous.
terima kasih kamu menjaga aku hingga nyamok pon takut mahu hinggap.

5 comments:

  1. wahh untunglah lin pak tua pandai masak, makin sihat lah lin lepas nih hehe....

    ReplyDelete
  2. wah bahagia dia yer...
    bertuah lin hihihi...
    Semoga berbahagia selalu hendaknya.

    ReplyDelete
  3. wah, untung betol...mat ani la pling syok, anak mnja daddy...hihi

    ReplyDelete
  4. meowmania
    hehe..dah makin sihat pon meow.
    berkilo-kilo dah naik nie/
    tak tau nak turunkan macamna.
    hehe

    naddy
    thanks naddy...air tangan lelaki nie sedap tau ;)

    ReplyDelete
  5. anis
    a'ah..mat ani paling manja tau..ada jerk dia kat mana-mana.
    sibokk.

    ReplyDelete