Friday, August 5

Juadah berbuka bila sudah hidup berdua ;)

bila sudah bergelar si isteri mestie di sebelah berdirinya si suami.
perlakuan,pergerakan, kehidupan semuanya berubah sekelip mata.
percakapan dan hati si suami perlu di jaga, supaya perhubungan di restui olehNYA.

Alhamdulillah.
kini kami sedang menyambut puasa dan raya bersama.
bersama menuju bulan yang selama ini hanya kita seorang yang sambut.
suami saya sangat rajin, yer sangat rajin (sapa lagie nak puji, kalo bukan isteri sendirie yang melihat).
sehinggakan saya sendirie rasa kehidupan sudah terbalik.
syukur, dia banyak membantu dan mengatur kehidupan kami menjadi lebih sempurna.

pekerjaan dia seharian pun sudah cukup penat aku lihat.
apatah lagie melihat dia membantu aku setiap kali aku ke dapur.
balik kerja tidak lengah melihat apa yang tidak lengkap lalu sempurnakan.
tidak pernah merungut dan membebel.
kami sama-sama kerja, sama-sama memasak, sama-sama mengemas dan sama-sama penat.


begitu juga bila tiba bulan puasa.
bila dia sudah sampai dirumah,
aku pon segera pulang utk memasak lauk juadah berbuka puasa.
bila aku sampai, dia akan suruh aku berehat dahulu.
kadangkala dia sendirie akan offer diri untuk memasak.
air tangan seorang lelaki sangat sedap mengalahkan air tangan kita perempuan.


sepanjang bulan puasa ini,
kami banyak memasak dari membeli.
bila aku masak nasi, dia akan masak sayur,
bila aku buat sambal, dia akan mengoreng apa yang patut,
bila aku hiris rencah, dia akan blender bahan-bahan itu.
begitulah kebiasaanya, termasuklah bulan-bulan yang lain.
cuma bulan ramdhan, kami pertama kali menyambutnya sejak bergelar suami dan isteri.
kerja menjadi cepat dan kami dapat berehat sementara menunggu waktu berbuka.

aku bersyukur pak tua serba serbi tahu
baik hal lelaki mahupun hal perempuan.
malah lebih banyak tahu dari aku.
terima kasih sayang.
kamu juga banyak mengingatkan aku untuk kita sama-sama berlumba menambahkan
amalan dan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Alhamdulillah.

anak-anak juga tidak pernah tersisih.
sentiasa ada menemani.
tapie anak-anak saya berdisplin, tidak akan berbunyi apatah lagi mengacau
sehinggalah kami habis makan.
selalunya mat anie lah yang setia menunggu sambil buat muka seposen.
haha.

kami suka makan di lantai sambil menonton tv kerana itu lebih terasa nikmatnya dari makan di atas meja.
memudahkan aku juga untuk mengepak mengambil itu dan ini.
aku, kalo makan semua nak sumbat.
kalo mulot ada lapan....mahu 10 minit dah habis aku kerjakan.
tapie pak tua sangat menjaga badan.

7 comments:

  1. Tak semua wanita bernasib baik spt Lin. Yg penting sentiasa bersyukur dan sentiasa panjatkan doa bahagia selama-lamanya, aminnn..

    ReplyDelete
  2. kak kim
    thanks..alhamdulillah.
    bersyukur atas jodoh dan pertemuan
    yang telah ditakdirkan.
    aminn

    ReplyDelete
  3. tumpang gembira utk lin, smoga lin bahagia selamanya ;)

    eh pak tua sgt menjaga badan?? mmg dah terbalik kihkihkih

    ReplyDelete
  4. meow.
    thanks yerk..a'ah dia sangat menjaga badan.
    selalu ajak kita skalie bersenam.
    malasnyaaa

    ReplyDelete
  5. Untungnya dpt suami mcm tu.. ^_^

    tak blh thn tu, ada dh menunggu kt tepi nak berbuka sama2.. baik je duduk jaga juadah berbuka. hehe

    ReplyDelete
  6. semoga kebahagian korang berkekalan ke akhir hayat.... amin..

    ps: banyak nye makanan? hehehe

    ReplyDelete
  7. bestnye dpt berbuka bersama suami.. :)

    ReplyDelete