Tuesday, February 2

Balasan Atas 1 Penipuan.




parut..parut..parut
aku takut skalie bila terkena luka
dan parut itu berkekalan
tapie...secuba mana utk aku berhati-hati
kalo nak kene terkena jugak.

cuba anda zoom dan lihat di bawah dagu itu
akan nampak satu garisan panjang
aku tak nak tunjuk besar-besar
dekat-dekat
100% hudus...
cukup hanya pandangan atas yang samar-samar.
tapie rasa gambar dah cukup jelas.

kisahnya bermula.
ketika aku nampak dania hendak melabur atas litter box
aku nampak bontot dia tersasar sedikit dari tempat
dia melabur saham
aku dengan sepantas kilat bukak pintu cage
tak perasan dagu aku 1/2 inci rapat dari pintu cage
bila aku bukak pintu sekuat hatie.
sekuat hatie jugak aku jerit
dan lihat dagu aku berparut dan terbelah
mak aiii sakit ya ampun.
dania..tentunya terperanjat
dan teruskan pembuagan di tempat yang tersasar itew.



gambar ke-2
ketika aku tergopoh-gopoh hendak menutup pintu stor
tak perasan kaki belum habis keluar dari pintu itu
dan tak semena-mena tersagat dengan kelajuan pintu 80%
giler.
ini kerana aku ternampak bulu dody kembang
seolah-olah mengajak dania utk berperang.
dan akhirnya.
lihat..dua kesan kekal terpatri di atas kaki.



bila aku sakit.
dan mengadu pada daisy.
seolah-olah dia paham.
sambil telinga dia bergerak-gerak bila aku mengadu
tunjuk 2 kesan itu.
muker dia seolah marah...dan berkata.
"tuelah mama tak berhati-hatie"..padan muka!
daisy jahatttttttt tau.

Balasan atas satu Penipuan
2 hari sebelum kejadian berturut-turut ini.
sebenarnya aku telah berbohong pada si dia.
aku tak tau nak buat apa.
bohong adalah perkara paling aku suka lakukan.
malam itew aku bosan giler.
anak-anak bulus semua dah tido.
capai telefon " yang, orang jatuh bilik air,kepala terhantuk singki"

lumrah seorang perempuan.
mintak di beri perhatian.
dan bila si dia terperanjat,
berualng kali memberi nasihat.
mintak aku duduk bertenang,,rehat jgn buat apa-apa.
saat-saat ini adalah sangat indah.
apatah lagie dia telefon hampir setiap 1/2 jam
bertanyakan keadaan.
dan tergesa-gesa datang.
membawa bekalan.
sib baek dia tak check secara teliti kepala aku.

dan esoknya amik kau.
dua hari berturut-turut aku terkena
akibat satu penipuan.
dia cuma cakap tetap comel walopon comoT.
sehingga entri ini ditulis dia masih tidak tahu
kejadian aku jatuh bilik air adalah satu
cerita yang direka.

p/s: moga dia tak baca sampai bebiler.
jahat ker saya?
saya tidak jahat cuma nakal
haha.

7 comments:

  1. ha..tula noty lagi..nasib boleh mengadu ngan anak bulus..ni lain kali nak tipu lagi ke tak?

    ReplyDelete
  2. haha..tipu lagi da kene, pembalasan untuk tipu ayu skali tu..huhu..:P

    ReplyDelete
  3. qisha
    hehheh..lenkali pon nak tipu jugak.
    padahal azam baru takmo tipu2 dah.
    sonok tipu orang.
    bertambah sonok kalo orang tue betol percaya.

    cik twin
    nie mestie cik twin punyer doa.
    tengok..dah kene pembalasan.
    hahha.
    kenangan tipu cik twin masih segar di ingatan.
    yahuuuu.

    ReplyDelete
  4. ya Allah, kucing awak semuanya chomel-chomel! tapi saya tak boleh dekat dgn kucing, nanti asyik bersin jeeee.

    ReplyDelete
  5. cik hidd.
    biasalah tue ada sesetengah alah ngan kcuing.
    yang penting tak alah ngan arjuna comel tue,hehheh

    ReplyDelete
  6. allala..ciannya dia.. heheh..tapi takpe..kalo tak luka2 mmg tak sah la jwbnya...

    ReplyDelete
  7. saya.
    hahhha..tau takpe.
    kekadang luka sikit jerk mengada jerk lebey.

    ReplyDelete