Friday, June 11

Nasib Duke & perkembangan darwin dan kembiri.

Nasib Duke
duke sudah mula dikurung di dalam bilik bermula dia melepasi balkoni umah.
dia degil aku terpaksa berikan hukuman
untuk aku dan kebaikan dia juga.

3 hari selepas dikurung.
memang kedengaran suara sayu dia memanggil2 aku.
untuk itu,setiap pulang dari kerja.
aku akan duduk tercangok selama 3 jam hanya dalam bilik.
jika aku keluar suara dia yang sayu itu akan nyaring kedengaran.
dan bunyi suara itu buat aku nangis..yer aku nangis.

kelmarin aku cuba lepaskan dia.
perangai dia tetap sama, balkoni adalah tempat pertama dia panjat.
aku tiada pilihan terpaksa kurungkan dia semula
tidak apalah...aku harap dia akan bertahan.
aku juga kena kuat tatkala mendengar rayuannya yang bertalu-talu.

aku sudah beri peluang kedua..
tapie tetap tidak berhasil.


duke : mama..please..duke mahu keluar...duke mahu jalan-jalan.
aku : tidak boleh....kamu kena faham..mama sayang kamu.


duke : mama...penat duke berdiri..tolonglah...
aku : mama sentiasa ada dalam bilik bersama kamu....bertahanlah sedikit.


duke : ......................
aku : :(


duke : mama......bagilah peluang kali ke-3
aku : bukan tidak mahu bagi..peluang kedua pon kamu tidak mahu gunakan...tunggulah kamu besar..berat badan kamu bertambah-tambah sehingga tidak betah mahu panjat, mungkin mama akan pikirkan semula.

Budak Darwin

semalam balik terus tengok dia.
masih sakit...tapie pergerakan dia ada peningkatan.
dia pon tahu sakit..minta aku manja-manja
yelah..yelah...duduklah di riba.
mama layan kamu sperti putera raja.

tapie darwish kena duduk di lantai.
tidak boleh menghimpit adik kamu jika kamu mahu juga duduk di riba.

pagie ini sebelum aku pergi kerja.
darwin sudah boleh berlari-lari
haih..cepatnya kamu pulih.
bagusnya..abg darwish jaga kamu di dalam cage yerk.
alhamdulillah.

Kembiri
dragon,dyna dan dol akan dihantar kembiri ahad ini.
temujanji sudah dibuat.
doakan mereka baik-baik saja.

opss..lupa mahu cerita itu budak dragon.
ini gambarnya...


budak dragon ini membe pak tua kasik.
hehhe....aku yang mintak.
dia kasik sbb malas mahu jaga.
aku mintak sbb aku peminat marble.

budak ini sangat baik.
tidak banyak kerenah...makan,tido, makan tido saja hobinya.

8 comments:

  1. kat maner akak buat kembiri ehh??

    kna bagi makan banyak2 duke tue..baru lah dier tak boleh panjat...
    :)

    ReplyDelete
  2. lin,
    kalau umur dah 3-4 tahun leh kembiri ke?

    ReplyDelete
  3. agent_sesat
    lin buat kat spca.
    nie link dia
    http://www.spca.org.my/v51/klinikkembiri_location.php

    tedi
    boleh....ada makcik tue umo kucing dia 8 tahun pon masih boleh dikembirikan lagie..kalo jantan lagi cepat..kalo betina lambat skett..sbb melibatkan perot.

    ReplyDelete
  4. thanks....nnti nak pi lah... :)
    tgk dlu bleh ker budak gemuk tue...

    ye rlah duk suruh kahwin bagi pasangan tak mau..memilih...nak yg depan umah tue gak..yg depan umah tue berkutu...x larat lah..kang bawa balik...abis smua berkutu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah darwin dah sembuh :)

    sian kat duke, xpe lah kan demi kebaikkan, dia sblm terjadi apa2 yg x diingini ;)

    ReplyDelete
  6. harap semua anak2 sihat lepas ni. saya paling risaukalo time anak ke klinik.. macam2 berputar2 kat otak.

    ReplyDelete
  7. alololooo..kne denda yek...xpe la..kalo x wat cam tuh, kita plak yg susah karang...

    linda,
    dragon tuh DLH ker ape ekk..??
    bertambah ler kuarga baru ekk..
    marbelllll gitew...chumel sgt dye..hehehe

    ReplyDelete
  8. agent_sesat
    hehheh..dia suka yang berkutu kot..nampak comel jerk bila kutu-kutu tue terbang..hihihih

    meowmania
    itulah....kena ambil tindakan awal..tapie dia paham selalu cakap ngan dia ini hukuman.

    leeya
    tau takpe...wisau kalo anak2 masuk klinik..walopon demam jerk

    lia
    a'ah...dlh...marble..dia nie takde masalah...senang nak jaga..lepas kat umah jerk.hehhhe

    ReplyDelete