Wednesday, September 8

Blog Misz Pinkie Winkie akan tergendala dan bersiaran semula pada 20/9/2010



selamat Hari raya kawan-kawan yang aku sangat-sangat sayang.
yang sentiasa mengikuti blog aku terutamanya.
aku akan mula bercutie esok dan pulang ke kampung tengahari.
hari ini hari terakhir aku disini.
aku akan bersiaran balik 20/9/2010.
sepanjang aku tidak berblog..kamu tolong mop-mopkan blog aku yerk.
takut tumbuh sawang dan cendawan butang.

oh ya..1 pesan aku..
kalo kamu makan lemang/ ketupat ingat-ingatlah aku.
kalo kamu makan kuih raya ingat-ingatlah aku.
kalo kamu makan serunding daging/ayam ingat-ingatlah dragon.
haha.

anak-anak bulus semua macam biasa pak tua jaga.
kali ini tinggal seminggu sama macam taun-taun lepas.
harap semuanya baik-baik saja.

Pengagihan Tugas-tugas sabagai ketua Unit.
memandangkan aku bercutie lama.
maka pengagihan tugas sebagai ketua unit haruslah dibuat.
setiap unit akan ada satu ketua untuk memantau.

Unit Dol, Dyna ngan Dayana.



Dyna aku lantik sebagai ketua unit.
dyna..sila pastikan unit kamu aman dan damai yerk.
mama tidak mahu bila balik nantie unit kamu seperti sarang tikus cencurut.

Unit Dody,Duke,Darwish dan Darwin



Darwish aku lantik kamu sebagai ketua unit yerk.
dody, duke dan darwin aku lihat ada sedikit panas baran.
kamu itu penyabar.
moga unit kamu juga akan sentiasa tenang tanpa pergaduhan dan peperangan.
jika mama balik nantie ada kata-kata yang kurang memuaskan.
kamu dulu mama carik.
paham!.

Unit Daisy, Dennis dan Dottie.



Dottie nanny lantik kamu sebagai ketua unit.
kamu itu banyak perangai..daisy dan dennis tentu sekalie tidak dapat melayan karenah kamu.
untuk itu kamu nanny lantik sebagai ketua.
jagalah unit kamu...buatla apa kamu nak buat.
kalo bosan ajaklah mr.mottie main pondok-pondok.
kalo nanny dapat tau kamu itu degil.
nantie nanny balik..nanny babab montot kamu dengan rotan.

Unit Dragon, Dillan dan Danny.



Dragon aku lantik sebagai ketua unit.
memantau keseluruhan rumah aku.
dari depan sampai kebelakang.

Dragon..mama arahkan kamu jaga didepan pintu masuk.
mama suruh jaga..bukan tido 24jam di situe.
jika ada orang ketuk...kamu diamkan saja.
jangan memandai-mandai hendak menyahut.

kalo kamu rasa bosan kamu mainlah dalam taman astakona.
oh yer...kamu jangan berebut yerk.
smalam mama tengok kamu berebut dengan dani dan dillan
pasal taman astakona itu.
ini buktinya.





lihat..bukan main lagie kamu yerk.
sebagai ketua unit kamu haruslah bertolak ansur.
ingat pesan mama ini,
kamu pastiekan rumah kita kemas sentiasa.
rajin-rajinlah sapu umah..tidak kiralah kalo terpaksa pakai ekor kamu.

ketua-ketua unit semua malam ini jam 10.00mlm
kita ada mesyuarat yerk..pastiekan kamu semua hadir tanpa sebarang alasan.
mama akan siapkan minit....dottie kamu pencatat minit kali ini.
kalo degil..tiada lagie mr.mottie untuk kamu.

Dottie sudah genap sebulan 8.8.2010-8.9.2010



Hari ini genap umo dottie 1 bulan.
pejam celik..pejam celik..celik..celik
dah sebulan upernya budak nie.
tiap kali nak amik gambar mestie dia buat-buat terlentang.
bajet comel la tue ;)


jalan pon sudah semakin laju.
terpaksa pegang...tidak mau diam langsung.
hobi pula bila sudah puas gigit mr.morttie dia gigit plak cage.
yang aku suka..bila bukak pintu bilik..
dia dulu bersuara memanggil-manggil aku.
bila aku keluarkan...terkedek-kedek datang dekat dengan aku.
aku jerk risau takut terpijak.
aku jarang pegang dia..dia pon sudah tentu rimas kalo asik di pegang
aku suka bila dia bergurau dengan daisy.
daisy pon suke melayan...dia bajet gigi tajam macam pisau.
gigit2 mak dia sekuat hatie.
dottie...gigi kamu itu lembut...sekali salah gigit berderai jatuh bertaburan gigi kamu itu.


tido ikot suka.
terlentang ker menyiarap ker..tetap mahu tido.


ok dottie.
kamu jangan nakal-nakal yerk.
aku sudah arahkan mr.mottie menjaga kamu.

sekian celoteh dari misz pinkie winkie.
kalo kamu rasa rindu..jenguk-jengukla blog aku.
dan sudah pastinya aku sentiasa akan rindu kamu sampai matie.

8 comments:

  1. lamanya blog misz pinkie cuti..rindula dgn kerenah anak-anak bulus mu itu huhuu..

    sonok tgk gelagat sorang sorang...paling geram tgk si Dottie yang kusss semangat ituh

    selamat hari raya misz pinkie!
    smoga lebaran ini membawa seribu kebahagian utk kita semua, insya'Allah...

    p/s: mkn serunding ingat dragon?? tak senonoh taw!

    ReplyDelete
  2. wah MPW cuti sama la kita 20hb baru bersiaran,comel si kecik dottie itu ahahha klakar pulak tgk masing² ada ketua unit ahhahaha,btw selamat hari raya MPW kenalan sy kenal kamu sy bg link blog kamu pada dia i wanna show him that u have a lot's of cuteyyy cat and kitten :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat lin dan seisi anak bulus sekeluarga

    ReplyDelete
  4. tahun nie tak nak makan reunding sbb musti tingatkan serunding terbaek dari dragon.

    selamat hari raya Lin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya bt semua baby2 mushuk...

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Lin. Selamat balik untuk berblogging k. Jangan main mercun byk sgt tau... Ingat anak2 bulus tersayang

    Ps: montot dottie pun comel. alahai, camane nih... tiut la dia, tiut la..

    ReplyDelete
  7. lamanya cuti
    rindu kt dottie :)

    ReplyDelete
  8. meow
    selamat hari raya dari misz jugak.
    arie raya jumpa serunding tak?

    qistina
    hehheh....ok.
    takpe..kita berkongsi ilmu dan berkongsi kegembiraan bersama.

    naddy
    selamat hari raya jugak untuk kamu.

    marilyn
    hehhehhe..makan jgn tak makan.

    m.q
    selamat hari raya jugak untuk kamu.

    chika.
    hehheh..bontot dia tue memang macam nak babab jerk.
    degil ya amat.

    m.q
    dah bersiaran kembali,.

    ReplyDelete