Tuesday, October 12

Budak 3 ekor yang tidak boleh langsung bertemu.


budak ini penakut.
tapie budak ini juga peramah.
dia mudah dibawa kemana-mana.
sesiapa pon boleh berkawan dengan dia.

jika ada tetamu baru di rumah.
dia paling mudah untuk mesra.
langsung tidak ada bunyi hissing apatah lagi mahu menampar.
sungguh senang..aku tidak perlu risau
dan tidak perlu awasi.

biarpon dia punya saiz yang berkilo-kilo beratnya.
namun dia sangat takut dengan budak dibawah ini.


budak ini jenis susah mahu kawan.
kalo manusia..boleh kategorikan dia ini sombong.
kawan hanya pada yang punya nama dan kelayakan.
kalo setakat kawan-kawan biasa..dia tak mainla.

sangatlah suka menyakat dragon.
langsung tidak boleh bertembung.
dragon tiada perasaan mahu gaduh.
tapie budak ini siap bulu kembang setaman ajak lawan.

kalo budak dua ekor ini lepas di ruang tamu.
akulah antara manusia yang harus berhati-hatie.
silap langkah dan haribulan.
habis bulu dragon dikerjakan duke.
dia langsung tidak boleh kasik muker dengan dragon.
biarlah badan dragon itu besar darinya.
langsung dia tak takut.

dragon pula..kalo dipukol.
bukannya mahu melawan..lagi direlakannya pula.
huh.

tapie budak duke ini sangat takut dengan budak dibawah ini.


inilah otai dalam rumah.
semua orang pon akan takut dengan dia.
walaupon suaranya tidak kedengaran.
tetapie tangannya sangat laju mencakar.

duke memang takut sangat dengan dia.
kalo bertentang mata..duke diam menikus.
haha.
masing-masing ada tok guru yang perlu ditakuti.
kesian,,,apa boleh buat....
dalam atie mama kamu semua sama.
tidak kira ganas atau lembut.
yang degil tetap akan dibantai.
bantai??? giler ganas bunyinya.





selalunya untuk menenangkan atie mereka inie.
aku umpankan dottie.
bila dottie ada dekat dengan mereka.
mereka jadik lupa hendak bergaduh.

takkan mereka mahu hentam dottie.
sekasar2 mereka..adik bongsu haruslah dijaga dan diberi perhatian.
bagussss..kamu abang-abang yang baik.
aku tabik spring pada kamu.
toing..toing..toing (bunyik spring kan).
hahaha.

12 comments:

  1. kucing lin sume comei2 geram nyer tgk hehe..law dpt pegang nie msti xingat nk balik umah da hehe :)

    ReplyDelete
  2. lau dapat hug dragon best tu bgs naseb ada dottie dtg membantu..

    ReplyDelete
  3. xleh la tgk dottie...geram sgt!...
    hehehe dragon bak mai pinjam sat wt bntl pelok..hehe

    ReplyDelete
  4. otai nama ape?

    budak Dottie tu leh bg anuerah jaksa pendamai

    ReplyDelete
  5. Dottie boleh dapat pingat keamanan...

    Dragon... rindu dragon ni... comel sgt la dia ni. ehem, yang lain pun comel jugak..
    ~ngee~

    ReplyDelete
  6. hehe....best baca kerenah dorang ni

    aunty meow pon nak tabik spring toinggg~

    ReplyDelete
  7. dottie jd ubat pelembut unt dorg..hee

    ReplyDelete
  8. seronok bace... hehe... suke suke suke....

    ReplyDelete
  9. pae
    hehheh..mehla datang umah...semua pon malas....badan dah berat..jalan sikit pon dah penat.
    hehe

    qistina
    dragon tue memang sedap di pelok..tapie dia tue tak suka dipegang..bukan main bising lagie kalo kita angkat.

    cik kerm
    hehhe..amikla bawak balik kalo geram..tapie dia nie selekeh sikit..

    marilyn
    otai tue nama dody.
    hehhe...a'ah leh dapat anugerah jaksa pendamai.

    chika
    dragon pon rindu sama chika jugak...

    meow.
    tabik balik..toingg..toingg sambil badan pon melompat spring gak.

    starzeti.
    a'ah...dia jadik pelembut dan bahan pendamai.

    fiza
    thanks sudi baca..suka..suka..suka

    ReplyDelete
  10. haha, btol la, dragon tu mmg same mcm bee, prangai pn lebih kurang jer, kt rumah ni Bee takut ngan Lula, penah skali lula tampo dia smpi jatuh terbaring, tp dia x mlawan langsung,haha, takut punye pasal, lula tangan ringan je, bee tangan berat ;p

    ReplyDelete
  11. LIN...NAK PINJAM SUME ANK BULUS SEMINGGU BOLE? NK GOLEK2..NAK GOMOL2..NAK LEPASKAN GERAM...HUHUHU

    ReplyDelete
  12. lulla
    hehhhe..sama cam dragon..kalo duke tampar dia..dia bukan nak melawan...menyorok plak..padahal dia lagie besar.

    cik siti
    boleh..boleh...pilih jerk mana yang nak.tapie takut diorang yang tak nak.
    takut windu mama dia.
    hehhehe

    ReplyDelete