Thursday, November 11

Sila jangan muntah- EPISOD AKHIR



bila kontraknya tamat.
dia mula menganggur...aku tidak dapat terima bila dia tidak punya kerja.
aku cuba carikkan dia kerja
selagie perasaan sayang ini masih ada lagi sedikit.
buka borang itu, isi borang ini..buka laman web itu dan ini.
interview sana sini..masih sama , tiada jawapan.
hampa.

hampir berbulan jugak lamanya.
aduhai...
takkan aku masih mahu setia padahal masa depan aku dan dia gelap.
aku bagi masa lagie 2 bulan..
alhamdulillah...dia diterima sebagai pembantu veteriner di UPM.
paling bersyukur, dia adalah pekerja tetap tidak ada lagi kontrak2.

terima kasih TUhan.
jodoh kami masih lagi kamu restui.


jujur aku cakap,
ketika itu perasaan aku dengan dia adalah separuh.
masih belum penuh seperti bentuk sekeping hatie.
aku susah mahu terima lelakie,,tidak tahu kenapa.
takut bila kita sudah setia...akan dikecewakan.
kita juga akan merana, abis usia kita bersama dia.
tapie...hasilnya tiada.
rugi pada diri, masa dan rugi pada kenangan.

mungkin sebab pengalaman.
aku pernah suka pada seseorang ketika aku sedang menuntut.
aku suka sangat dia dan aku sanggup bagi dia bunga pada hari konvokesyen.
ketika itu aku di sem 2 dan dia sem akhir.
giler..suka lelaki yang belum tentu dia suka pada kita.

aku tunggu lelakie itu sehinggalah aku peroleh pekerjaan.
dia juga sama..tapie bidang kami berlainan.
aku bidang pentadbiran tapi dia di bidang seni bina.
aku tunggu dia 5 tahun..sehinggalah dia menghilangkan diri.
bodoh rasa dirie ini, mengharap cinta seorang lelaki
yang belum tentu mencintai kita.

mungkin pengalaman itu buat aku jadik keras hatie.
buat aku susah untuk terima insan bernama lelakie.
cukuplah sekalie,sisa usia aku habis hanya menunggu dia.
sejak itu aku memnag tidak mahu ada apa-apa ikatan istimewa
dengan siapa-siapa..biarpon orang itu ikhlas mencintai aku.
arghh..leh g jahanam.


ketika ini..aku seperti mahu mati.
aku seperti tidak mahu lagi ingin hidup.
mohon supaya nyawaku juga diambil.
ayahku pergi buat selamanya.
pergi meninggalkan aku secara tiba-tiba,
giler aku bila terpaksa berperang dengan perasaan.
hanya ayah tempat aku menumpang kasih bila emak sudah tiada.
malang rasanya hidup bila ibu dan ayah tiada lagi di sisi dan dibumi.



ibu aku meninggal disebabkan angin ahmar
ketika usiaku masih kecil,
ibu aku seringkali sakit dan perlu dibawa berubat kesana kemari.
tapie..ajal maut di tangan tuhan.
ketika umo aku masih diperingkat sekolah rendah.
panggilan mak sudah tidak lagi aku sebut sehingga kini.

ayahku meninggal disebabkan pendarahn dalam otak.
aku tidak pastie betol atau tidak.
ketika ayah aku meninggal aku masih diputrajaya.
ayahku meninggal secara tiba-tiba.

selepas solat subuh,
dia mengadu sakit badan,
abg ipar aku bawanya ke hospital.
bila sampai di hospital..tidak sampai beberapa minit pemeriksaan
doktor mengesahkan ayah aku sudah tiada.

padahal minggu itu aku memang mahu bawa ayah aku datang ke putrajaya.
tiket bas sudah dibeli kerana aku tidak punya kenderaan ketika itu.
tiba-tiba aku dapat msg " arwah akan dibawa ke kemelah dan dikebumikan selepas zohor"
ehh...arwah?
siapa matie?
aku telefon akak, abg tanya tentang msg tersebut.
akak dan abg minta aku bertenang..dengar apa mahu cakap.
aku tidak nangis sebab aku tidak paham.
perasaan aku blur.


aku sedang cuba menerima kenyataan.
aku menangis tanpa henti.
aku menangis umpama air mata ini tiada lagi sempadan untuk aku tapis.
aku menangis...menangis dan menangis bila wajah ayah aku bersilih ganti dengan
wajah ibu aku.
dugaan apakah ini?


aku tidak lagi berpeluang mencabut uban ayah aku.
aku tidak lagi berpeluang membuang nasi di hidungnya.
aku tidak lagi berpeluang membuang bulu di telinganya.
aku tidak lagi berpeluang untuk bercakap dan menyentuhnya.
dan aku tidak lagi berpeluang menyebut perkataan ayah sehingga kini.

jika itu memang sudah takdir yang tertulis.
aku terima..aku terima ketentuan Qada dan Qadar.


ketika ini dia datang...
ketika ini juga bahu dia aku perlu.
untuk aku tenangkan pikiran dan pulihkan semangat yang semakin hilang.


sekarang, macamana aku mahu pulang ke kampung.
aku tidak punya kenderaan melainkan skuter cabuk
dia juga tidak punya kenderaan melainkan skuter yang sama seperti aku.
aku memang lemah 100%.
akhirnya...aku terpaksa meminjam kenderaan daripda seorang
sahabat yang aku kategorikan sangat mulia.
terima kasih wanie, kamu ada ketika aku dirundung malang.

wanie turt sama mengikuti aku pulang kekampung.
aku terus-terusan menangis seperti tidak boleh dibendung lagie.
terlalu sakit hati ini,
terlalu payah untuk terima dugaan sebesar ini.
tuhan kuatkan aku utk berdiri mengucup dahi ayah
yang selama ini aku sangat merindui.

pada ketika ini.
baru aku tau dia itu mulia.
hati dia ikhlas mencintai aku.
dia juga pernah menjumpai arwah ayah aku.

ketika sampai aku menangis di dalam rumah
dia menangis diluar di kaki lima.
melihat aku mnangis hati dia jadik longlai.
melihat aku menangis meraung dan meratapi.
dia seperti hilang arah tujuan.
aku mengucupi dahi arwah ayahku.
sambil jatuh terduduk.

dia bawa aku, wanie papah aku.
pergi ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
dia menggali bersama cangkul tanpa henti bersama 2 yang lain.
baru aku tau..
dia ada disaat aku gembira dan ditimpa kecelakaan.
ketika ini juga hatie aku serahkan kepadanya bulat-bulat.
baru aku nampak ketulussan dan kesucian cinta dia pada aku.



sejak itu aku keluar ghetto.
aku tidak mahu lagie kehulu kehilir tanpa arah tujuan.
aku tidak mahu lagie arwah ayah dan ibuku risau
melihat keadaan aku didunia.
keluar pagi dan balik malam setiap hari.
setiap ujung minggu tidak pernah lekat dirumah bila terlibat dengan
pelbagai aktiviti kelab.

apapun aku bersyukur, sebab kelab ghetto itu jugalah
yang menyatukan aku dan dia.
kelab ghetto juga yang buat aku dan dia bercinta secara berperingkat.



ini kereta pertama yang dia beli.
PCL- pais cinta Linda
terima kasih kamu abadikan nama kita bersama.
kamu kehulu kehilir bersama kenangan kita selamanya.





tidak lama selepas itu aku pula beli kereta
kereta satria kereta terpakai
aku beli selepas dapat duit kwsp
aku beli cash..murah rm8000 on the road.


dia juga tukar kereta.
PCL rosak dan perlu diperbaiki setiap hari.
agak payah bila kereta problem dan duit keluar seperti air
tidak apalah.
yang penting bila sudah tukar kereta,
perjalanan pergi dan balik menjadi mudah
tidak perlu lagi kusut kepala pk problem itu dan ini.

aku tidak kesah.
kereta kita sama,
hati kita sama.
aku juga harap kita juga akan sentiasa bersama.



setelah beberapa tahun berkawan.
rezeki kami juga semakin murah.
aku tukar kereta lagi.
dia juga tukar kereta.
haha.

kami memang suka tukar kereta.
aku beli myvi dia pula beli crx
kami pakai sehingga sekarang.

aku selalu pinjam kereta dia
aku suka kelajuan
aku suka pada keindahan bumi bila kereta meluncur laju.
ketika ini sayang aku pada dia sudah tidak boleh dipertikai lagie.
ketika ini usia perhubungan kami sudah hampir 4 tahun.

cinta aku pada dia sudah semakin teguh.
biarpun kami tiada lagie aktiviti kelab.
namun kami punya banyak aktiviti bersama.
aku masih punya kawan untuk sama-sama ketawa
untuk sama-sama berkongsi cerita.





kami banyak meluangkan masa.
kami cuba kenal lebih dalam isi dan hati masing-masing.
kami cuba untuk bersikap lebih profesional.
kami cuba untuk bersikap lebih matang.

aku juga banyak berubah.
dia banyak mengajar aku erti kehidupan
dia cuba untuk buat aku ketawa setiap hari
dia mengalas tanggungjawab besar sebagai emak dan ayah aku
ketika aku keseorangan disini.





dia sentiasa ada bila aku perlukan sebarang pertolongan dan bantuan
baik dari segi kewangan atau dari segi kerahan tulang empat kerat.
dia cuba menjadi sebaik yang mungkin
dia cuba meninggalkan kenangan sebanyak yang boleh.
alhamdulillah...kamu permudahkan hubungan kami.
terima kasih tuhan....kamu masih ada bersama kami.





dia terlalu banyak berkorban untuk aku.
dia tidak pernah membiarkan aku sunyi dan keseorangan.
bila ada musim buah tertentu.
dia akan datang bawa ke dusun.
memetik buah itu dan ini.
sehingga mulot aku tidak lekang dengan senyuman.






kawan-kawan aku juga banyak berdiri bersama dengan aku.
mengisi masa lapang penuh dengan gelak dan tawa.



pejam celik, pejam celik
kini hubungan kami sudah hampir 7 tahun.
pelbagai suka dan duka kami lalui
pelbagai dugaan juga dia tempoh bagi hubungan ini dikahiri dengan ikatan.

kami dalam usaha untuk segarkan kembali kenangan
dan memori-memori indah yang pernah tercipta antara aku dan dia
kini aku dan dia seperti tidak boleh dipisahkan.
aku tidak boleh hidup tanpa dia
begitu juga dia.
namun jodoh dan ketentuan itu kita tidak dapat baca dan duga.

aku dan dia kini semakin bahagia
sama seperti pasangan kekasih yang lain
walaupun hubungan kami sudah bertahun lamanya
tapie memori-memori indah tidak pernah luput
dalam ingatan dan kotak pikiran.

pergaduhan dan pertelingkahan itu memang sudah tentu ada.
dia bijak mengawal dan main peranan.
aku kalo bergaduh memang ikot kepala.
tapie alhamdulillah setakat ini semuanya dapat dikawal dan diatasi.
dia bijak membaca pikiran dan perasaan aku.

syukur padamu tuhan.
kamu masih panjangkan jodoh kami
semoga ikatan pertunangan pada 13.11.2010 nantie
akan diakhiri dengan ikatan yang sah.
kau lindungilah hubungan kami ini semoga semuanya
dapat diakhiri dengan perkara yang baik-baik.
semoga tarikh itu nantie akan dapat kami kenang sampai mati.


yeehaaa...
esok aku cuti untuk buat persiapan.
berdebar jantung disaat cincin disarungkan di jari manis.
woii...berangan plak?
tidak sabar rasanya mahu akhiri hubungan ini.

kawan-kawan jika kamu punya masa lapang.
jemputlah datang bagi sama-sama meraikan hari bahagia aku.
esok aku cuti.
kamu boleh contact aku 0123226632 untuk bertanyakan alamat.
doakan hubungan aku dan dia berkahir dengan
ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.
terima kasih sudi mengikuti cerita aku.
maaf jika ada bahagian yang buat kamu tersentuh dan berkecil hati.
aku tidak berniat.
pada aku hanya satu....kenangan ini aku mahu abadikan
dan simpan kemas-kemas dalam hatie...
begitu juga dia.
salam.

21 comments:

  1. linnnnn!!! dah nk bertunang!! hehe yeayea...entri kali nie rse sedih je bce...hehe kene kuat tau,,arwah mak n ayah lin sentiasa mendoakan lin!! hehe anyway congrats taw!!

    ReplyDelete
  2. congrats Misz Pinkie..
    semoga kebahagian bersama kamu dan dia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing your story. touching i tau... sob sob

    Tahniah, Lin dah nak bertunang. lg dua hari. hehe mesti berdebar2 kan... temanya mesti kaler pink kan...kan..kan...? :)
    Semoga Lin dan si dia bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  4. cik linnnnnnnnnnnn...omg omg...sedih masa mula2..tp ending sngt syokkkkkkkkkkk....mcm cerita dongeng...heheh...im hapi for u kak lin..huhuh..hope semua selamat dan sempurna..sesempurna kisah cinta kak lin..huhuhu..sedih.tp hapi...huhu...selamat bertunang kak lin 13.11 ni kan? tahniah..wargh..xtau nak ckap apa dah..tahniah tahniah...

    ReplyDelete
  5. tahniah linda ko nak btunang..
    entry ko telah menitiskan air mataku...huhu

    ReplyDelete
  6. wah.. nak bertunang dah.. Tahniah.. moga jodoh berkekalan hingga ke akir hayat....
    mmmuuuaaahhhhhhhhh............

    ReplyDelete
  7. sedih sebab kita pun pernah rasa hilang abah. rasa terkontang kanting. sampai skrg. tapi, sebab ada dia, rasa selamat.

    lin kena bersyukur selalu sebab ditemukan dengan pak tua...

    anw, selamat bertunang. jgn pilih date sama ng kita eh..

    ReplyDelete
  8. thniah dear.

    muntah dah tak jadi lepas baca berita baik nie.

    nanti jemput ye bila tawen

    ReplyDelete
  9. sob...sob...sedih giler part akhir nie, sampai meleleh air mata ezan, hehe

    anyway congrat syg! ezan doakan semoga perhubungan lin bersama dia kekal sehingga ke akhir hayat :)
    amin...

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...

    berkatilah hubungan mereka ini..
    satukanlah mereka dalam satu hubungan yg dinamakan perkahwinan,
    dan utuhkanlah yg dinamakan perkahwinan itu hingga akhir nyawa mereka...

    amin..

    ReplyDelete
  11. tahniah lin!

    - shEkin -

    ReplyDelete
  12. sedih baca episod last ni tp seronok sbb lin dan pak tua akan disatukan, tahniah yer...sy tumpang gembira

    smoga jodoh lin akan berkekalan hingga hujung nyawa, amin...

    ReplyDelete
  13. dear... congrate.. semoga berkekalan... jgn ikat lame2... hehe cepat tawen.. if nak pape idea atau nak talk2 ttg persiapan kawen jgn sega2tau.. kite leh share2... hehe

    ReplyDelete
  14. wah...tahniah...smoga hubungan yang murni & mulia ini bahgia hingga dunia akhirat.....doa dr rakan2 mengiringimu....

    ReplyDelete
  15. Kak Lin!!!! CONGRATS~~~ akhirnya bertemu jodoh jua~~

    ReplyDelete
  16. salam lin...
    sedih baca n3 lin..hampir menitis airmata kak...
    kak doakan yg terbaik buat lin, smoga lin bahagia dng pilihan hati...amin

    ReplyDelete
  17. cik kerm
    thanks..masa lin tulis pon menangis..harap dapat kongsi cerita ngan member blog.

    princess
    terima kasih doakan saya...semoga doa itu kekal ke akhir hayat.amin

    chika
    thanks chika...tema kaler merah hatie..hehheh.
    terima kasih doakan lin.

    dir
    tengkiu sangat..doakan akak akhiri semuanya dengan yang baik-baik yerk.

    axie
    thanks beb...sedey sbb aku tiada siapa2..hargailah orang tua selagie mereka masih ada dekat dengan kita.

    fiza
    thanks...moga kekal hinga ke akhir.

    etty
    sedey kan..ntahla..kadang2 rindu pada panggilan tue.
    tapie syukur masih punya adik beradik ramai..aperpon arwah ayah ngan mak tetang dalam ingatan selamanya.

    marilyn
    hehheh..mestie jemput punya..jgn tak datang tau..lin buat kat johor.

    ezan
    terima kasih.....moga doa ezan dimakbulkan..lin pon sedey sebenarnya.

    namie
    thanks..happy ending.

    yaya.
    terima kasih doakan hubungan lin.
    terharu sangat..moga doa itu sampai kepadaNYa.
    amin.

    ekin
    thanks.

    meow
    thanks..lin pon harap macamtue.
    moga jodoh kami kuat.
    amin.

    ekien
    thanks....nantie kalo lin nak apa2..lin tanya yerk..
    hehheh..kalo nak tau masa ehem..ehem..boleh.
    hahhahha.

    yusz
    terima kasih..saya sangat sayang kawan-kawan saya.

    agent
    tengkiu..akhirnya..

    kak ita
    terima kasih kak...lin pon harap macam tue..terima kasih sbb akak sudi ikuti.

    ReplyDelete
  18. wahhh,,,bestnyer the happy ending story,,,sebagaikawan,,,aku kagum ngn ketabahan ko linda,,,kalo aku jd ko,,,belum tentu aku bole kuat mcm ko,,hehe,,moga kebahagian dan kegembiraan akan sentiasa mengiringi perjalanan seterusnya nnti,,Amin

    ReplyDelete
  19. fara
    thanks.....setiap hari aku lalui pon aku disokong oleh family dan orang tersayang.
    aku masih kuat sebab ada mereka.
    percintaan aku pon kuat hingga mencecah 7 tahun.
    harap semuanya baik-baik saja.
    teima kasih pada kawan yang sentiasa bersama aku selamanya dan untuk ko jugak ;)

    ReplyDelete
  20. First time singgah sini. sangat terharu dengan catatan ini. Semoga kamu gembira dan bahagia selalu. Salam perkenalan dari Hana. keep in touch ye.. ^_^

    ReplyDelete