Monday, January 17

Brewer Yeast- aku sudah nampak kelebihan kamu ;)


brewer yeast
aku tidak pernah mencuba mana-mana suplement
tidak kiralah untuk bulu, untuk kutu atau untuk apa saja.
bagi aku biarlah mereka makan makanan mereka semata-mata.
dulu aku pernah cuba nutripet.
ada yang suka..ada yang tidak.
hampir 2 kali juga aku berganti sebab anak bulus aku terlalu germarkannya.
tapie malang...sungguh aku tidak pernah nampak hasilnya.
sebulan, 2 bulan, 3 bulan.
aku tidak nampak..mungkin kucing aku tidak sesuai.

supplement ini adalah makanan tambahan untuk meow.
jika mereka serasi..kamu akan nampak kelebihannya
jika si comel tidak serasi..beratus kali kamu suap pon tidak akan tinggalkan kesan.

dulu aku tidak ambil port pasal supplement.
cukup ubut kutu mereka aku titik, ubat telinga aku titik, ubat cacing mereka telan,
setiap bulan mereka dimandikan, setiap minggu kebersihan mereka dijaga,
makanan mereka cukup hingga hujung bulan..itu bagi aku sudah memadai.

tapie..bila aku tengok ramai kenalan yang menggunakannya dan berhasil.
aku tergerak untuk membelinya.
aku beli secara online 1000 tablet tahanlah berbulan-bulan lamanya.
aku beli melalui CASTLE & ALICIA (MY PASSION FOR PERSIANS).

masa mula beli.
hanya 3 sahaja yang suka dari 8 ekor anak bulus.
aduhai....sedeynya..bajet semua suka.
tapie aku tidak kira..kesemua mereka aku sumbat walaupon ada diantaranya menolak.
aku mahu kesemua mereka suka.
walaupon aku terpaksa bekerja keras setiap hari berhadapan dengan taring yang boleh buat jari aku ditembusi jika tidak berhati-hati.

alhamdulillah..berkat usaha dan hasil kerja keras aku.
jumlah 3 yang suka meningkat menjadi 6 yang suka.
2 lagi dalam proses untuk menjadikannya suka.
kalo kamu mahu anak bulus kamu sihat..tidak apalah kamu kerja lebih sikit.
tidak apalah...jika kamu terpaksa bertungkus lumus.
mengangakan mulot mereka satu persatu..aku percaya satu hari kamu akan tersenyum bila usaha kamu selama ini mendatangkan hasil.



kelebihan yang paling ketara aku nampak ialah pada si dennis
dia ini memang jenis berak yang tidak solid.
kalo dia berak...memang sebatu akan dengar bunyi brussstttt
dan taik pon jatuh tersembam.

tapie sejak makan brewer yeast.
aku tidak lagie dengar bunyi itu.
aku lihat dia juga sudah bertambah-tambah sihat
bontot dia tidak lagi tercalit taik dan bersepah sana sini.
terima kasih brewer yeast.



kelebihan itu juga aku lihat ada pada mat pagon.
bulu dia bertambah-tambah kembang.
paling ketara di bahagian leher.
kadang-kala aku tengok dia mahu berjalan pon payah.
kesian..tapie tiadak apalah lihat dia sihat dan cergas
sudah buat aku senang hatie.

selain itu juga.
aku lihat keguguran bulu tidak lagie ketara pada kucing-kcuing aku.
jika aku tarik bulu mereka.
tidakla sebanyak sebelum ini.
ok sayang...malam ini kita makan lagie brewer yeast secara berjamaah.
kamu suka ..ibu setuju.

18 comments:

  1. wahh byknya perubahan positif rasa mcm teruja je nak cuba, dia pil ke lin?

    ReplyDelete
  2. meow
    a'ah..dia pil.
    kalo jenis yang suka takde masalah.kekadang ada yang tak suka..tapie paksa jerk.
    nnatie lelama dia akan suka.
    selamat mencuba ;)

    ReplyDelete
  3. owhh..saya pon ada beli benda tu tapi nezha tak suka la.. saya ada try tipu2 letak dalam bekas makan dia..lansong terus dia takmau makan dalam bekas tu dah. taktau apsal dia tak suka..

    ReplyDelete
  4. auntie pinkie ...

    wolfie tak gemok la ... tu, otot2.
    6-pak tak nampak sbb bulu wolfie kan gebu ...

    heheheh ..

    tarik bulu kucing? auntie pinkie jgn tarik bulu wolfie ye... mommy i tu tak 'brewer yeast' wolfie lagik.

    love, wolfie (spidermeow)

    ReplyDelete
  5. nice info.. klau yg selalu je ada fungus dan gatal2 cam mana?

    ReplyDelete
  6. a'ah. kita pun baru nk try, dah order ng sab, bulan depan baru bayar dpt gaji. harap harap bulu tak byk gugur mcm skrg. nk kahwin ni, nk tinggal serumah dengan kucing, kena yakinkan bf ni. hehehe.

    ReplyDelete
  7. nampak kan kesan die??
    bulu semakin bertambah lepas tue tak gugur..

    tapi best la denis tak cirit dah.. =)

    ReplyDelete
  8. aku pun dh beli dr sabrina jugak
    hehehehe...
    baru jer test tak nmpk lg kesannya
    :)

    ReplyDelete
  9. leeya
    ada setengah suka ngan tak suka.
    kcuing lin memula 3 ekor jerk makan..skang dah semua pon suka.
    kena paksa memuler.

    alolo wolfie.
    so kacak dan tampan lah kamu.
    autie sangat sayang sama kamu tau.

    syurgaku
    hai..kalo ada fungus nagn gatal-gatal kena mandikan ngan malaseb..seminggu 3 kali.
    tak pon just sapu dan cuci tempat yanga da fungus tue.

    etty
    hehheh...betol tue..tak lama lagei berdua dah....huhu.

    starzeti
    cuba jgn tak cuba..mungkin akan nampak hasilnya.

    m.q
    tunggu sebulan dulu..mungkin lambat sket nampak kesannya.

    katte
    try jgn tak try..hehe

    ReplyDelete
  10. ye ke... hmmm kucing2 yang dah tua boleh makan tak? kesian tgk dorang. kulit2 dh kendur. bulu2 gugur pun banyak...

    ReplyDelete
  11. chika
    boleh jerk..takde limit usia pon.
    bagilah chika ..mana tau serasi

    ReplyDelete
  12. Sye ade bi haritu tpi sye tk tahu die kene mkn ubat ni berape kali seminggu

    ReplyDelete
  13. Cara pemakanan sebiji..dlm brpa hari...boleh.ambil lagi

    ReplyDelete
  14. Kucing saya pun makan vitamin ni..memang sihat kucing..bulu cantik..berkilat..makin sihat...

    ReplyDelete