Tuesday, June 21

aku terima nikahnya rosislinda binti ismail........






bila inai merah dijari, bila rasa diri sudah menjadi milik si suami.
rasa dunia milik berdua, rasa umpama sang suria turut bernyanyie bersama si kunang-kunang.
bahagia....bahagia selamanya...
alhamdulillah..hubungan kami akhirnya menemui noktahnya.
1o jari tangan..10 jari kaki diukir menjadi indah berseri-seri, setiap garisan dan alur ukirannya sungguh halus dan sangat teliti.



aku terima nikahnya rosislinda binti ismail dengan mas kahwin 22.50 tunai.
sekali lafaz kami menjadi suami isteri dengan satu ikatan yang sah. mengalir airmata bilamana taklid dibacakan.
hati menjadi sayu bila keluarga sudah menyerahkan kita kepada si suami untuk dijaga dan dipelihara seumor idop.
dari panggilan kau dan aku bertukar menjadi panggilan saya dan awak.....dari panggilan saya dan awak bertukar menjadi ayg dan b, dari panggilan ayg dan b bertukar menjadi mama dan syg.
kami berharap semoga doa kalian merestui kebahagian kami.
kami bersyukur ALLAH merestui dan menemukan jodoh dengan pilihan hati.

pelamin dihiasi merah dan putih..thanks cik yah a.k.a mak andam

hantaran hati dari pihak perempuan



hantaran hati dari pihak lelaki

hantaran hati dari pihak lelaki..ada 5 semuanya....dua didepan adalah baju kurung dan cincin melangkah kakak saya...dan cek serta mas kahwin.
selebihnya adalah untuk saya...ada dua lagie di bawah..hehe.meja tak cukup besar.

hantaran dari kedua belah pihak menggunakan fresh flower.....terima kasih abg yazid dan abg rafik...daripada genting mencari bunga segar dan terus turun ke FELDA KEMELAH pada hari yang sama..kesian mereka...habis-habisan dikerjakan oleh family saya.
tapie mereka berdua sangat sporting......korang memang besttt..terbaikk dari ladang ;)

abg yazid dan abg rafik memang menerima tempahan untuk barang hantaran.
hantaran tunang saya pon mereka buat...mereka juga buat hantaran kawin untuk norman kru, johan dan artis lain.
terima kasih...sbb abg yazid adalah adik ipar abg aku...so harga adalah kawtimmm punyerr.
hantaran hati ini menjadi hantaran yang saya akan kenang sampai ke mati.






pang..pang..kopang..kopang...kopang3x. (hehe..ikot suka korang nak bunyi macamna).
bila tepukan kompang dan gendang bersatu.....dada berdegup kencang...jalan diatur perlahan.
mata dan senyuman seiringan.
jalan berpimpinan.....dan langkah diatur kemas....ohh..sungguh indah perkahwinan.
seumor idop hanya satu kenangan yang kamu akan kenang sampai ke anak cucu.
dari generasi ke generasi akan dikhabarkan dan dipertontonkan samada dari segi gambaran atau bahan bacaan.







ini barongan dari batu pahat...aku suka kepada keunikan dan kelainan...
minta maaf jika tarian ini ada diantara anak kecil yang berteriakan..menangis mencari ibu dan ayah.
minta maaf jika ada antara kamu melihat ini satu benda yang tidak berasas.
tapie pada aku...ini satu kesinambungan tarian kuda kepang..tarian tukang karut..tarian merak kayangan disatukan mengikut rentak gendang dan ghazal yang dimainkan.
aku melihat benda ini dengan mata halus....melihat pelbagai tarian umpama pesta..
hati aku sungguh gembira..melihat ada dikalangan yang turut sama menari keasyikan hati aku ketawa kecil.



ini dayang-dayang....antara suku anak buah aku yang memainkan peranan...terima kasih pada watie a.k.a boss yang banyak membantu aku.
baju dayang dan kostum kod pengantin adalah darinya.....4 pasangan dayang-dayang berpegangan tangan mengiringi kami si pengantin baru.ahaks.

nampak tak crown dan veil..itu aku beli di pekan segamat...tak mahal sangat murah....yang penting nampak cantik dan berseri bila dilekat dikepala anak-anak kecil (kalo kita yang pakai serupa makcik karipap) hehe.
tak susah nak mengajar diorang nie..sekali ajar sudah paham..yerlah...sapa degil,,,tak yah jadi dayang..tak yah nak cantik2.. (hehe...terus mereka ikot arahan...yerlah...budak mana tak nak cantik2 kena make-up ngan mak andam)...sapa tak nak?....

comelkan...tengkiu termasuk kesemua ank buah 20 orang....ucu sayang kamu.....luv u..




di dewan...tarian ini dipersembahkan lagi...silat dari anak buah pak tua pon ada...tapi gambar tak siap lagie..
gambar yang ada ini pon adalah ehsan dan kawan-kawan yang mengambil.
tengoklah tue..padahal ank buah aku dah lenguh2 kaki..betis lutut bagai...
tapie sbb nak jadik dayang punya pasal..lenguh...sengal2 otak semua tolak ketepi.
sila tabik askar kepada mereka.hihi.



ini acara makan beradap...makan berdamai...
acara ini kalo aku jadik tetamu memang aku tunggu sampai kesudah.
tapie bila kita sudah jadi raja sehari....nasi yang kita makan pon kadangkala tak sampai dekat krongkong.
rasa terawang-awang....kenyang sentiasa..giler kan..mau tak..semua perhatikan kita.
melihat ayam.daging,ketam, udang, ikan, sotong aduhai seakan melambai-lambai minta diambil..tapie apakan daya...kenyang memanjang.

tapie bila sudah majlis...mulerla perot berkeroncong emas....berkopi dangdut borjoget inang dan bujang..
senduk nasi tak hingat...makan memang tak pikir sapa dah....
tapie LAUK PERANTIN SAYA ABISSS LICINNN...warghhhh.......
dapat makan udang jerk sekor.
tapie takpe....mungkin sbb sedap sangat semuanya pon abis licinn.
tapieee....saya nak ketam itu...nak ketam itu...haha..pak tua lah jadik mangsa keadaan.
terima kasih suamiku..







acara potong kek...
kek ini aku tempah dari kak mar...pada mulanya memang tak terpikir akan ada org membuat kek di segamat..aku bajet memang kena beli kek di kedai-kedai kek yang sedia ada.

tapie..akak aku cakap ada org melayu membuat cup cake dan kek dirumah seperti yang kita selalu tempah diinternet...kek sangat sedap...kek bersalut coklat dan jem.
oo..sangatlah murah dan sangat berpuas hatie...terima kasih kak mar...
terima kasih masih menerima tempahan walopon tinggal beberapa hari majlis akan berlangsung.,,terima kasih sanggup deco mengikut kehendak dan keinginan dengan harga yang tidak akan dapat dimana-mana.
syukur...





sesi bergambar bersama keluarga. kawan-kawan. rakan sekerja...ahli seangkatan rewang,
sahabat handai dan semua yang menghadirkan diri.
syukur semuanya berjalan dengan lancar.
terima kasih kepada abg-abg dan kakak-kakak yang banyak membantu saya ...banyak berkorban tenaga menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah yang telah pergi.
berkorban wang ringgit, mengerah tenaga untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
sebelum majlis bermula kami kepusara mak dan ayah memohon doa dan restu semoga majlis ini berjalan dengan sempurna.



ramai tetamu jemputan yang menhadirkan diri,,
tetamu dan kenalan yang datang dari jauh, dari pelbagai tempat dan daerah sanggup turun untuk sama meraikan kita....
pelbagai gift disediakan untuk tetamu, kenalan rapat, kenalan keluarga, saudara mara, orang kendarat, org rewang..
2 ekor lembu tumbang .
3 hari orang rewang berkampung di dewan......pembagai situasi yang saya sendirie sukar untuk mengambarkan..perasanan suka dan duka bersilih ganti.
ku panjatkan syukur kepada tuhan yang maha esa...indah sehingga sukar digambarkan.
pada aku biar majlis ini sempurna...sempurna dari pelbagai segi...baik untuk tetamu atau untuk diri sendirie.
bila tetamu sendirie yang hadir berpuas hatie kita juga turut tersenyum.
alhamdulillah.terima kasih juga kepada pelbagai bentuk hadiah yang diberikan.
terima kasih kawan ;)







terima kasih kepada safian kamal...thanks beb....banyak tolong gua.
terima kasih bertungkus lumus menyiapkan frame ini...sungguh berbaloi...
abis muker gua sendirie kena sign..hehe...
pada asalnya nak tutup..tapie tak jadik..frame ini akan digantung di ruang tamu.
seribu satu kenangan melihat gelagat dan pesanan dari kawan dan tetamu yang hadir.

thanks meowmania...kesian meowmania....dia datang sudah lewat...azam dia satu...walopon lewat dia tetap redah untuk jumpa dengan pengantin..thanks beb.
bila dia datang dewan sudah kosong..nasi hanya dapat makan sebutir..nasi semua habis..
syukur dapat meneguk air.
sorry beb....luv u so much.....

kesemua tujuh ekor anak bulus kesayangan....turut diletakkan di atas pelamin.
sori sayang..mama tau kamu penat dan keletihan.
tapie mama mahu kamu ada disaat mama ditepung tawar...di hari bahagia.
mama mahu kamu lihat siapa papa kamu yang akan turut sama dan sanggup berkorban untuk kamu.
mama tidak mahu kamu meragam bila balik mama bawak seseorang untuk sama membelai kamu hingga ke akhir usia mama dan kamu.
syukur kamu menerima dia seperti mana yang telah mama pesan kepada kamu.
terima kasih sayang.....sehingga ke hari ini.....kami sangat menyayangi mereka.
setiap hari kami akan bersilih ganti memanggil dan menyayangi mereka.
perkahwinan bukan satu alasan untuk aku membuang mereka jauh hingga hilang dimata.
insyallah.....TUHAN akan sentiasa melimpahkan rezeki dan memberikan sinar kebahagian kepada kami semua.
amin...
di belakang itu adalah pelbagai hadiah dan cabutan nombor bertuah.
hadiah itu adalah sponsor dari kakak-kakak dan abg aku.
hadiah diberikan atas cabutan nombor bertuah ...dan teka teki.
hamper itu adalah sponsor dari aku dan ada diantara soalan berkisarkan anak bulus kesayangan.

bersyukur kehadrat Ilahi,semuanya berjalan dengan lancar bermula pada majlis nikah 10.6.11 seterusnya majlis bahagia yang berlangsung pada 11.6.11 di Dewan Serbaguna Felda Kemelah, Dan seterusnya sesi outdoor di Rock Garden, Segamat, Golf Resort di Gemas dan sawah yang terbentang luas di londah, Gemas ♥♥

terima kasih kepada semua rakan yang hadir dan mendoakan kebahagiaan kami. terima kasih kepada family yang tercinta yang banyak berkorban untuk saya.
terima kasih kepada family sebelah suami dan semua yang hadir,
terima kasih kepada semua sahabat handai yang disayangi,rakan sekerja imigresen, rakan cat kover, rakan facebook,rakan blogger, rakan-rakan belajar, abg gai dan rakan2 photographer, abg yazid,abg rafik,kak mar (kek),juru mekap, mak andam, ank bulus, semua kendarat, org rewang,surip-barongan, dj karoake,org kompang, dayang-dayang dan semua yang memainkan peranan pada majlis kami ♥

diharap perjalanan hidup kami sebagai suami isteri di permudahkan olehNya.
amin..amin..ya rabbal allamin ♥

gambar album tak siap lagie....so jamula gambar yang ada buat sementara



ini pula sesi outdoor.
badan umpama bulan ada hati hendak bergaun.
hehe..saya suka bila gaun kembang dan berpusing-pusing rasa mahu ke awangan.





selamat sudaaaa.........setelah menjalin cinta hampir 8 tahun lamanya...
akhirnya kami disatukan menjadi pasangan suami dan isteri.
bila saya balik..pak tua ambil...rasa tidak percaya kami sudah berkahwin.
bila saya balik masak...pak tua makan rasa tidak percaya kami sudah hidup berdua.
bila saya mengemas..pak tua mengemop rasa masih dalam angan perkahwinan kami.
bila saya memasak..dan pak tua makan lagi banyak dari di kedai...terasa sangat terharu.
bila hari-hari masak...dan si suami ada menolong hilang penat bekerja.
bila saya merajok pak tua pujok seharian rasa bahagia yang tidak akan putus.
bila saya menangis pak tua ada mendodoikan rasa mahu menangis sampai bila-bila.
bila saya bangun pagi...dia mengucup selamat pagi sayang rasa tidak percaya dia akan sentiasa ada disebelah memerhati.
bila saya boros ..dia akan jadi akauntan saya.
bila saya berpakaian dia akan menjadi pakar perunding imej saya.
bila saya minta pendapat dia akan beri sehingga saya senyum mendengarnya.
bila saya marah dia selalu sejukkan saya dengan kata-kata yang saya suka dengar.
bila saya lalai menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dia akan menegur dengan cara yang sangat haluss..
bila terjaga di waktu malam...melihat dia bangun dan mendodoikan sehingga nyenyak rasa bahagia hidup bersuami kan dia.
bila saya memelok anak bulus...pak tua juga turut memelok 4 lagi anak bulus...rasa beban terasa ringan.
bila anak bulus semakin hari semakin manja dengan pak tua....AKU JADIK SANGAT JELESSSS TAU!

biarla ada suara halus mengatakan dia tidak hensem..tapie pada saya dia ada manisnya.
manisnya itu buat saya tidak keruan..tanggungjawabnya itu buat aku percaya dia boleh menjaga saya...
kepercayaan buat saya yakin dia yang terbaik dan layak untuk berada bersama saya hingga ke akhir usia.
moga ALLAH sentiasa memberkati hubungan dan permudahkan perjalanan hidup kami sebagai suami dan isteri..insyaallah.

harap perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir...
asam garam rumahtangga ...ada gaduh, ada ketawa, ada menangis mudah-mudahan semuanya dapat di atasi dengan baik.

16 comments:

  1. insya Allah mudah-mudahan sy doakan :)

    smoga lin, pak tua dan anak-anak bulus akan hidup bahagia selamanya amin...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak. Hana doakan akak bahagia sehingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. so sweeet beb..terharu bace....
    semoga bhgia ke ank cucu..ak doakn ko bhgia ngn pais hingga ke akhir hayat...:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah lin n suami..semoga bahgia sampai ke syurga.. sonok baca life lin skrg..nti ade masa ayu nk dtg jmp lin n pais k..n anak2 bulus lin..hehehe...;)

    ReplyDelete
  5. lin, tahniah kerane bjaye kekalkan hubungan dgn pak tue sehingga ke jinjang pelamin..semoga kamu berdue bahagia selamenye n kuat mhadapi asam garam berumahtangge..tahniah utk ank2 bulus juge kerane sudah ade papa baru :)

    *nati nk wat lawatan ke putrajaye,bile?akn diberitau,ok?:)

    - shekin -

    ReplyDelete
  6. hensem lah tu...muka mcm suami siti sarah sepah tu kak....

    tahniah dari kami...!

    ReplyDelete
  7. Tahniah lin.... Bahagianyer lin skrg dh ader teman hidup ;)... happy sngat tgk lin.... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  8. tahniah kak lin!! sorry yew lola x dpt dtg..lola doakn akk n paktua bahagia hinggat akhir hayat ;)

    ReplyDelete
  9. lin...!!!!!

    congratulation....

    sgt cantik.... suweeettt!!...

    May Allah bless both of u dear..

    semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke akhir hayat dan juga dimurahkan rezeki....


    :)

    ReplyDelete
  10. sweeeet sngt entry ni lin.. tahniah tahniah.. semoga kebhagian kekal milik lin dan suami smpi bile2.. amin.. :)

    ReplyDelete
  11. tahniah....moga kekal sampai syurga

    ReplyDelete
  12. kawan-kawan blogger
    terima kasih semua, doa kalian mengiringi kebahagiaan kami.

    semoga asam garam rumah tangga dapat kami lalui bersama dengan baik dan toleransi.

    kehidupan sebagai suami isteri tentunya mmerlukan komitmen yang sangat tinggi ;)

    terima kasih sahabatku, ;)

    ReplyDelete
  13. meowmania
    thanks yer..terima kasih sudi dtg meraikan lin dan pak tua.

    hana
    thanks hana, doakan kebahagiaan kami yerk.

    wanie
    thanks beb, ko banyak bantu aku..sahabat sejatie takkan dapat di mana-mana dengan mudah ;)

    kittyworld
    thanks cik twin, dtgla..rumah kami sentiasa terbuka buat kamu ;)

    ekin
    thanks ekin, dtgla.. kami dan anak bulus ada depan pintu emnyambut ketibaan ;)

    etty
    thanks etty, hehhe. pada mata akak hensem dan manis ;)

    strazeti
    thanks yerk...terima kasih mendoakan kebahagiaan lin.

    lola
    thanks lola,luv u ;)

    yaya
    thanks yaya, lin pon harap perkahwinan ini kekal hingga ke matie ;)

    heebum
    thanks....lin pon harap kebahagiaan ini kekal milik kami berdua.

    hunny
    thanks hunny- insyaallah ;)

    ReplyDelete
  14. Tahniaahhhh wahh meriah je tgkk.. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  15. Tahniah.. biar muka tak ensem.. janji hati PakTua sentiasa ensem.. :)

    ReplyDelete
  16. boleh tau x akak yg buat kek tu pnye fb ke blog ke?
    tq..

    ReplyDelete