Friday, July 1

papa bulus vs anak bulus.


berkahwin itu mudah,
hari ini buat persediaan, esok dah selesai.
hari ini akad nikah, esok dah jadi suami dan isteri.

tapie....dapat berkahwin dengan orang punya minat yang sama dengan kita.
adalah satu bonus!.
aku dan pak tua berkenalan sudah hampir 8 tahun.
bermula dari tiada kucing sehinggalah pernah mencapai berbelas ekor dalam satu rumah.
aku seharusnya bertuah kerana dia (pak tua) begitu memahami hobi dan minat aku.

kini, aku bahagia,,,pak tua menyayangi mereka sama seperti aku.
malah lebih lagie.
lucu bila setiap hari kami bersahut-sahutan menyanyie
" adik mat ani mat ngoi-ngoi"
" adik mat eigii mat ngoi-ngoi"
..mat ngoi-mat ngoi.

"ehh mana mat ngoi-ngoi"
sampakan aku pon panggil pak tua mat ngoi-ngoi..dan pak tua membalas aku mat ngoi-ngoi.
dan akhirnya kami ketawa riang.
syukur Tuhan kau temukan aku jodoh yang hari-hari buat aku senyum.
moga semua ini untuk selamanya.



setiap kali stok makanan dan pasir mereka habis.
pak tua akan habis-habisan berkerah tenaga.
mengangkat makanan dan pasir berguni-guni.

begitu juga dalam hidup seharian.
bila aku masak...dia akan vakum umah dan kemas taik.
bila aku sudah masak dan semua kerja selesai.
baru kami akan makan bersama.

tidak pernah aku dengar dia berungut.
bukan saja lepas kami berkahwin, malah sepanjang 7 tahun kami bersama.


orang selalu cakap...belum kawin bolehla.
skarang aku dah kawin...orang cakap lagie...
belum dapat anak boleh la..
sukahatila...mulot tempayan tidak akan boleh ditutup.
kami cukup bahagia...anak bulus pon cukup bahagia punya mama dan papa seperti kami.
tidak perlu lagi apa-apa untuk dipertikaikan.

setiap malam, mereka akan panjat badan kami untuk tido bersama.
jika kami sedang berehat mereka tidak akan kacau.
bila pak tua dan aku memanggil mereka untuk naik ke atas katil.
berebut-rebut minta diri dibelai dahulu.



bilik aku sentiasa terbuka untuk mereka.
mereka boleh lepak di mana-mana.
selalunya hanya ani sahaja yang akan naik dan menghisap tangan pak tua.
yang lain akan terbengkalai di lantai bilik.

kadang-kadang kesian juga, bila baju gelap dia habis melekat bulu mereka.
dia tidak mengeluh,cuma aku kesian...


selalunya sebelum pergi kerja pak tua akan mendukong mereka dulu.
memang begitulah kebiasaannya.
lepas tue baru giliran aku.hehe.

semua layanan ada lah sama.
tidak kira dani, dragon, dillan, duke, dennis, daisy mahupon dottie.



terima kasih Tuhan, terima kasih kau memudahkan hidup kami.
terima kasih memberi aku suami yang sama perasaan dan naluri seperti aku.
terima kasih kau memberikan satu perasaan istimewa bagi sekeping hati untuk dia sama menyayangi makhluk ciptaanmu.

cuma satu perangai aku,
andai sampai satu masa aku merasakan layanan aku tidak adil.
dan sampai tahap aku cukup bersalah kepada mereka.
sehingga muka mereka bersilih ganti menuntut keadilan.
ketika itu aku akan lepaskan mereka.
lepaskan hanya kepada mereka yang punya kewangan yang cukup serta
punya minat sama seperti aku.

tapie buat masa ini. mereka bahagia dan kami juga bahagia
bersama mereka.
moga kebahagiaan bersama mereka ini kekal hingga hujung nyawa.


semoga kamu begitu juga.
jangan pernah berungut jika pasangan kamu tidak punya perasaan sama seperti kamu.
berusahalah...pastie ada jalan.
Tuhan itu maha adil.
percayala...

8 comments:

  1. alhamdulillah.. seronok tgk kamoo bahagia.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks esah
    semoga kebahagiaan ini berpanjangan ;)

    ReplyDelete
  3. terharunya baca..

    seronok tgk lin, pak tua dgn anak-anak bulus

    smoga kamu semua akan berbahagia sentiasa, amin...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.... happy dorang dpt papa best. mama lagi la happy..... and we're happy to hear that too... puurrrrrr

    ReplyDelete
  5. meow
    thanks yerk...lin sendirie pon terharu pak tua lain sebegitu pada diorang.
    syukur pada Tuhan.

    berbahagia hendaknya..thanks meow

    ReplyDelete
  6. chika
    thanks chika, hope berkekalan hingga ke akhir nyawa ;)

    ReplyDelete
  7. semoga kamu begitu juga.
    jangan pernah berungut jika pasangan kamu tidak punya perasaan sama seperti kamu.
    berusahalah...pastie ada jalan.
    Tuhan itu maha adil.
    percayala...


    sedih kejap baca last paragraph kak....ntah bila suami akan faham org.....

    ReplyDelete
  8. etty
    sabarlah..Tuhan sedang menguji kamu.
    jgn pernah merungut..berdosa namanya.
    suami itu kita perlu taat.
    sabar yer....Tuhan itu adil.
    berikan dia ruang untuk memahami keadaan baru.
    keadaan bila sudah berumah tangga.

    ReplyDelete