Wednesday, September 16

Ada Apa Dengan Raya.


Selamat Hari Raya.
Hanya sekadar sebaris ucapan.
pada aku raya setiap tahun pon sama.
tak betah aku nak raya lama-lama.

Ada apa dengan raya?
sejak 3 tahun yang lepas.
dah tak da makna.
idop aku samada raya atau tidak
tetap jalani rutin harian yang sama.

sebab apa? kenapa?
sbb aku dah tak punyer sapa-sapa
tak punya ibu yang bleh aku jamah masakan lengkap diatas meja.
tidak punya ayah yang bleh aku merengek mintak duit raya.
tapie aku tetap bersyukur
setiap malam aku bertafakur
smoga roh mereka datang berjumpaku walopon ketika aku sedang tidur.

padammu tuhan.
aku memohon semoga mereka dijanjikan syurga.
padamu tuhan
aku memohon agar mereka hidup bahagia di alam maya
padamu tuhan
smoga dikau ampuni dosaku sebersih kain kapan
sebersih bayi yang dilahirkan
padamu ibu dan ayah, dikau sentiasa dalam ingatan.

ayah dan ibu
percayalah anak-anakmu akan datang menziarahi pusaramu
kita pasti akan bertemu
melepaskan rindu dan rintihan hati
walopon pastinya bukan di alam realiti.
aku janji.

pada abang-abang dan kakak-kakaku.
terima kasih kerana tak putus-putus menyayangi diriku
tiada apa yang boleh diberikan
hanya nyawa jadik taruhan.

pada kawan-kawanku
terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku
terima kasih kerana setia menjadi temanku
ketika gembira dan jugak pilu
aku tak pernah lupa itu.
semoga persabahatan ini menjadi jitu.

pada si dia
terima kasih kerana buat aku bahagia
bahagia kekadang sampai kau pon naik gila
tapie percayalah aku
walopon kekadang perangai aku cam budak 3 suku
tapie kaulah satu-satunya tempat aku melepas rindu
rindu pada pada ayah dan juga ibuku.
rindu pada adik beradikku
rindu pada kampungku
rindu pada mereka yang berkait rapat denganku.

pada kucing-kucingku
selamat tinggal sayangku
selamat tinggal di hari raya
ketika kau makan blackwood aku pastie makan kuih raya
ketika kau duduk di rumah, aku mungkin sedang memakai baju raya
tapie kau jgn gundah gulana
aku pasti pulang dan kita akan beraya bersama-sama.
haha.

padamu yang maha pencipta.
juga yang maha berkuasa.
semoga raya tahun ini akan lebih bermakna.
hanya kau jua yang tentukannya.

2 comments:

  1. Selamat Hari raya Linda...maaf zahir batin ek...nnt jemput le dtg umah akak...

    ReplyDelete
  2. insyallah akak..
    selamat hari raya juga dari linda tuk akak..
    semoga raya kali nie akan lebih bermakna.

    ReplyDelete