Monday, February 22

anak bulus makin gedik.


bila dah makin dewasa.
perangai pon makin gedik.
lihatlah itew.
aku demam, dia pon demam
aku selsema dia turut ikot serta.
bila aku mahu menghidu dia pon turut mau.
dan benda itew dah jadik milik dia yang hakiki.
alahai duke,nantie mama beli satu lagie.
tapie itew mama punya.
takkan itupon nak berebut.
nampak tak mata biru yang memandang jauh.
itu mat dani..dia akan duduk jauh .
bila aku mule naik angin berebutkan penyedut itu dengan duke.
aiyakk.


lihatla.
bila dah betekak, bergaduh dan bersumo.
mulerlah dia mengantuk.
dan sudah tentu bahagian lengan aku
yang jadik mangsa utk dia melepaskan tabiat
terasa jugak kesakitannya
tatkala kuku terbenam seperti amah membuat urutan
tahan jerk la.
sayang punya pasal.


kucing juga seperti manusia.
duke juga seperti anak kecil yang aku perlu jaga.
bila dia hampir-hampir nak lena
aku akan letak tangan di atas kepalanya
ntahla..bukan aku ajar
tapie pernah sekali aku letak
dan dia terasa sangat selesa.
esoknya aku letak lagie.
dan aku dapat rasa dia masih memerlukan kehangatan seorang ibu
walopon jiwanya hanyalah seekor binatang.

duke sama seperti micko
nama yang tak pernah lekang dari bibir aku.
nama-nama yang aku akan ingat sampai mati.
duke dan micko dua makhluk yang berlainan
tapie aliran darah yang mengalir dalam badan mereka
adalah daripada satu rahim yang sama.
sebab itu personaliti mereka juga serupa.


ini pulak perangai darwish
punyalah besar ruang dalam cage
belakang dody juga dia nak menyelit.
sejak akhir-akhir ini bukan main rapat dia dengan dody
tak taulah macamana bila dody dah takda nantie.


dani pula dah mengedik nak jadik pengantin.
pehal agaknya anak bulus jantan aku tue.
suka duduk ala-ala atas pelamin buatannya sendirie.
kelakar pon ada.
gaya macam itu pon ada ka.


dodoi dah muler membesar.
dah semakin sihat.
dah semakin bulat
dan bulu mula hendak tumbuh dengan sekata.

bila ku kenang balik.
ketika aku bermandi peluh menangkap dia
di dalam kawasan ofis yang dia sendirie masih tidak tahu mana hala tuju.
aku rasa sangat bersyukur tuhan menemukan aku dengannya
untuk aku berkongsi hidup agar dia membesar lebey sempurna
insyallah, tanggungjawab ini akan aku beri pada mereka yang betol-betol layak untuk menjaganya satu hari nantie.
itulah juga niat aku tatkala aku mengutipnya.

aku tidak minta lebey
cukuplah bagi dia kasih sayang yang secukupnya
sebab dia tak pernah kekurangan kasih sayang dari aku.
aku tidak minta makanan mahal
cukuplah tempat yang selesa untuk dia berlari bebas.
aku tidak minta wang yang berlebihan untuk menyaranya
cukuplah sekadar yang mampu.
untuk dia teruskan hidup selagi hayatnya masih ada.

tapie mama janjie, mama akan carik yang terbaik
yang sedaya mungkin dapat menjagamu.
yang mengenal erti kehidupan haiwan yang bernama kucing.
jika mama gagal.
dan hidup kamu merana.
sepanjang hayat mama akan berdosa kepada kamu.

dodoi belum pergi.
aku sudah nangiss.
dan sekarang aku masih nangis.
yer..hati aku nipis seperti bawang.
sangat nipis.

4 comments:

  1. wahh..semua comel2 dan sihat2 belaka ye... geramnyaaaa... kucing2 ni memang manja la. kalo kita baik dgn dia, dia lagi baik dgn kita (walopon kadang membikin hangin jugak kan) hehhee....

    ReplyDelete
  2. saya
    hahhha..tau tak pe..
    kekadang membikin angin ljugak..kekadang happy..
    tapie bela kucing nie bleh wat kita exercise tau.
    selamat membela nezha.

    ReplyDelete
  3. kat Umh si Chichi & Chester yg suka massage lengan, badan @ kaki kita.
    smpai calar2 pun ade kne kuku dia.
    tp dah sayang...biar jer la...
    sekali sekala, seronok tgk dorg manja2
    cam tuh ngan kita kan...rasa dihargai
    & dipercayai wlupun sekor kucen jer..

    Dodoi..hrp dodoi jumpa owner yg betl2 bleh jaga ngn baik yer. Yg lain sure miss Dodoi nnt..

    ReplyDelete
  4. lia
    tuelah..
    kekadang urutan itu juga merupakan urutan yang terbaik
    tak yah nak g spa dah.hehhehe

    tuelah lia.
    moga dodoi jumpa owner yang menyayanginya.
    risau jugak nie.
    erm..moga tuhan bagi jalan untuknya
    untuk hidup lebey sempurna.

    ReplyDelete