Friday, May 14

Mama baru Damak.



semalam tepat jam 6.15ptg.
kak aza sampai di area kawasan umah aku.
ketika itu aku baru pulang dari kerja.
lalu di depan sekolah dan lihat ada kereta sedang menunggu.
aku mintak dia follow aku dan seterusnya kerumah aku untuk mengambil damak.
aduhai...saat paling aku tidak suka.

damak seolah-olah tau dia akan berpisah dengan aku.
tapie aku sudah nasihat dan puas bergomol dengannya.
kak aza pula sangat baik.

kak aza ada 3 orang anak yang sudah besar.
anak dia sangat comel..smalam dia ada ikot sekali mengambil damak.
kak aza ada 5 ekor kucing pelbagai baka.
semuanya telah di neuterkan.
kucing paling otai berumur 6 tahun.
kucing paling muda berumur 4 tahun.
kiranya damak akan di beri perhatian sepenuhnya.
bertuahlah ko damak..jadik anak bongsu dalam family kak aza.
syukurlah kak aza punya banyak pengalaman.

damak akan di beri makanan royal canin dan iams.
smalam selepas balik dari ambil damak.
kak aza terus ke klinik mesra untuk melihat kesihatan damak.
damak masih dalam recover fungus.
damak telah di beri suntikan fungus.
sori damak..mama tidak sempat..mama hanya mandikan kamu dengan malaseb.
syukur ada kak aza yang begitu prihatin.
damak akan di vaksin dan vaksin setahun sekali untuk lanjutan.

aku jenis tidak terlalu ketat memilih mama baru damak.
aku tidak kenakan syarat yang buat mereka sendirie merasa bosan.
pada aku cukuplah..aku tau rumah dia di mana.
penjagaan dia macam mana.
makan dia bagaimana.
dan punya kewangan yang stabil.


sebelum pulang kak aza mintak izin untuk neuterkan damak.
bila sudah sampai waktu matang.
aku izinkan dan aku sendirie memang lakukan perkara ynag serupa.
aku bersilih ganti dengan pak tua memegang damak.
dan akhirnya damak beralih tangan.
kami akan mengadakan gathering untuk mengetahui perkembangan damak.
dari semasa ke semasa.

Darwish kehilangan





darwish adalah teman baik damak.
makan berdua.
tido bersama.
bergurau sesama sendirie.

aduhai..smalam bila damak tiada.
darwish macam monyok jerk
mungkin mengambil masa sikit..untuk darwish selesa dengan ketiadaan damak.
darwish, kamu lupa..kamu masih ada mama.
mama sentiasa ada bersama kamu
damak sudah berbahagia di sana.
jangan di ganggu.
yang pastie damak tidak akan lupa sama kamu.
sepertimana mama tidak akan lupa sama damak.
kita doakan damak selamat yer sayangg....

9 comments:

  1. damak yg hebat,
    duduk rumah baru baik2 tau.

    jgn susahkan mama aza.

    gutbai damak...

    ReplyDelete
  2. seronok bila jmpa org yg sgt prihatin dgn haiwan, mcm nk terlompat2 weee~

    untung damak dpt mama baru yg sggh caring

    utk misz pinkie n x lupa si darwish montel jgn cedih2 ok, mummy meoww pon ada ;)

    ReplyDelete
  3. Uiskkk sedeynyeee bg anak bulus kat orang. hu hu hu

    ReplyDelete
  4. ermm, kdg2 kita kena lepaskan kalau kita sayang. bukan lepaskan saj2, tp tuk kebaikan diorg juga...kucing bkn mcm manusia, tuk merasa susah senang. (talking bout myself).hehe!semoga damak tu bahagia kat rumah baru.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam, suka la baca blog u..
    lagi2 pasal kucing2 u :)

    u ada jual anak kucing x?

    ReplyDelete
  7. tedi
    damak cakap baikk bosss.

    meowmania
    thanks meowmania.
    alhamdulillah damak jumpa owner yang baik..moga damak bahgia ngan tuan baru.

    leeya
    memang sedih..tapie kalo itu jalan yang terbaik utk dia..kena lepaskan jugak.

    anjut.
    betul tue.lin setuju.

    shoppaholic.
    thanks berkunjung kat blog lin.
    lin takde jual anak kucing.sowie

    leeya
    samalah.

    ReplyDelete
  8. ermm..yea kew...
    lin tau x, ada sape2 kew yang nk jual ank kucing?
    sy berminat la....

    lagi2 tgk lin bela kucing
    banyak giler...
    mcm seronok jew...
    hehe

    ReplyDelete