Friday, December 24

Rehat dengan tenang syg....syurga sudah pastie buat kamu ; '(

Darwish


ini gambar pertama aku ambil ketika aku beli dia di petshop.
pertama kali melihat dia..aku sudah terpikat.
hinga setiap malam kerap bermimpikan dia.
lalu...keesokkan harinya aku pergi sekali lagi
dan nekad mahu menyunting dia menjadi suri dalam taman hatie.




sesampai saja dirumah..dia sangat lincah dan juga sangat peramah.
dia menjadi teman aku setiap malam ketika hendak tidor.
setiap kali mahu tido..dia akan bergesel dan minta aku memeluknya dengan erat.
kami akan tido bersama..sebantal dan sekatil.

sekejap yerk..aku mahu kesat air mata.
airmata aku ini sangat deras....hinggakan aku marah pon dia tetap mahu turun.
huh.
ok...kita sambung lagie.


dirumah dia memang dilayan oleh abg dan kakaknya dengan penuh manja.
dijilat, dibelai dan bergurau senda tidak kira masa dan ketika.
indah bila kenang saat itu.
indah bila melihat dia sihat dan berlari dengan teguh.



melihat dia sangat lincah dan suka bergurau hinggakan abg dan kakanya sudah malas mahu melayan aku hadiahkan dia seekor adik.
seekor anak kecil yang sentiasa ingin bergurau dan bermain.
seekor anak kecil yang sangat aktif dan ligat seperti dia.
anak kecil itu bernama darwin.
darwin dan darwish ..dua nama yang sampai bila-bila aku ingat.
tapie sayang...satu di dunia nyata..satu lagie di dunia khayalan.
mereka tidak lagie dapat bersama sampai bila-bila.
namun aku percaya darwish pastie tunggu kami disana.




semakin hari dia semakin membesar dan besar umpama JOHAN.
ketika ini aku tidak langsung dapat kesan dia ada penyakit jaundis.
langsung tidak.
aku lihat dia makan dan minum, berak juga kencing .
normal seperti yang lain.

namun sejak dol,dody,dyna dan darwin pergi.
aku lihat dia banyak bermenung...jalan sudah semakin perlahan.
aku rasa mungkin dia rindu pada darwin.
budak kecik yang sentiasa dia jilat dan tempat dia bermanja.
namun apa boleh buat..darwin sudah jauh aku hantar.
sudah tidak boleh berpatah balik.
budak itu sihat....dan lincah..cuma abg darwish
semakin lama semakin menanggung penderitaan.

aku bukan tidak ikhtiar.
pelbagai cara..dan pelbagai ubat sudah aku suap.
namun dia tetap sama.
LEMAH.

vet pon sudah check...namun penyakit dia tidak dapat dikesan.
ubat antibiotik..setiap hari aku sua.
makanan dia aku suap..minuman dia aku sudukan.
tapie badan dia semakin hari semakin melidi.
aduhai...dugaan apakah ini TUHAN.
jika pasal kucing aku memnag tidak kuat.
sungguh!
namun...semuanya sudah tertulis.

sekejap yerk..pandangan aku kabur..airmata sudah datang bertakung.
lalu jatuh kebumi..laju umpama air sungai.


kelmarin aku asingkan dia di cage lain.
aku mahu dia berehat sementara menunggu aku bawa ke upm.
namun..semaunya sudah terlambat.
ketika aku balik dari kerja...tanpa berlengah aku terus menuju kebilik darwish.
niat aku hendah keluarkan dia..dan bawa ke upm.
malangnya..............
aku lihat dia sudah terbujur..namun masih cuba memanggil nama aku.

aku seperti hilang keupayaan.
melihat dia terbujur kekejangan...dan bunyi dengkuran yang kuat.
kaki aku lemah...dan mengigil ketakutan.
aku takut kehilangan dia...sedangkan aku sendirie masih tidak tau apa puncanya.
tidak tahu...aku tidak mahu dia mati sia-sia tanpa tahu apa sebabnya.

aku segera telefon pak tua minta datang.
darwish sudah semakin nazak.
mata sudah tertutup..namun bila di dodoi dia menyahut tanpa upaya.


pak tua datang lalu mendakap darwish.
aku tidak kuat..mahu pegang dia pon aku tidak larat.
aku berada di belakang pak tua..kaki aku sudah lemah.
mahu berdirie pon umpama tiada buku lali.

pak tua pegang dia beralaskan kain baju kurung aku.
pak tua dodoi dia dan memanggil "ADIK..ADIK...BANGUN"
ADIK...ADIK..BANGUN JANGAN TIDUR".
aduhai mengenang saat dan situasi itu.
aku seperti orang hilang akal.


aku tidak kuat mahu pegang dia.
setiap kali aku pegang....aku menangis teresak-esak.
kenapa aku tidak kuat seperti pak tua.
kenapa hati aku sangat nipis seperti bawang.
kenapa..kenapa.
kenapa dia dirampas?.
kenapa..kenapa.
aku tidak kuat hadapi semua ini.
tapie aku kena juga berdepan.
aku kena kuat..yer perlu kuat.

ketika ini juga pak tua cuba tenangkan aku.
berulang kali dia cakap
"sayang...hadapi kenyataan...semua pon akan mati"
dani,dillan dan semuanya akan pergi.
pergi meninggalkan kita selamanya.
jgn menangis.....tapie cuba kuat atasi semua ini.

aku tarik nafas panjang...dan lepaskan.
aku mula pegang darwish..mula meriba dia.
mula mendakap dan mula mencium kepalanya.
tangan dan kaki dia sejuk...dia berdengkur.
matanya buka sekejap..kemudian tutup kembali.
aduhai...sangat sukar dia mahu pergi.

aku dan pak tua mengadap dia berjam-jam lamanya.
kami mengadap sama seperti kami mengadap manusia yang sedang nazak.
pak tua memanggil..adik..adik.
dia berdengkur..tangan dan kakinya sudah kejang.
namun dia masih tidak mahu pergi.
mungkin darwin tidak ada disisi.
sayang..maafkan mama.
kamu sungguh terseksa mahu pergi.
sungguh terseksa hinggakan aku pon tidak sanggup lagi mahu mengadap.
aduhai.....aku mohon nyawanya cepat diambil.
sbb aku tidak sanggup lagie melihat dia terseksa bertarung dengan nyawa.

dan kami terpaksa hantar dia ke vet.
minta pandangan dan pendapat.
kami tidak mampu melihat dia begitu.
tangan dan kaki sejuk..tetapi nyawa masih melekat.
mulot dan mata sudah pejam...tapie bunyi dengkuran umpama sedang tidur.

aku bersiap.....dan segera ke petshop.
alhamdulillah doktor masih ada.
kami bawa dia..untuk doktor check dan periksa puncanya.
dan bila dibelek kulit dan bulu..kelihatan badan sudah bertukar kuning.
sungguh cepat...sungguh cepat semuanya berlaku.
darwish..masih di table...
airmata aku sentiasa berjurai tiada henti.
dan tiada sempadan mahu sekat.

akhirnya...
doktor mengesahkan dia mengidap jaundis.
dan sudah final stage.
maafkan mama sayang..mama tidak tahu langusng.
doktor pon tidak pastie ketika itu kamu kena penyakit apa.

pak tua memujuk aku...supaya put down darwish.
aku menangis dan tidak peduli siapa pon disekeliling ketika itu.
darwish dan semua kucing aku sudah anggap umpama anak.
sakit pening, perangai sekor-sekor aku sudah paham.

pak tua masih memujuk aku.
"sayang....sampai atie biarkan darwish terseksa begini.
dia hendak pergi..namun nyawanya susah diambil dari badan.
kaki dan tangan dia sejuk,mata dan mulut tertutup.
tapie masih dengar dengkuran seperti dia sedang tidor.
dia sudah tidak boleh diselamatkan.
b nie....pembantu veteriner..b tau dia sudah tidak boleh diselamatkan lagie.
doktor juga sudah bilang benda yang sama.
jgn seksa dia lagie..relakan dia pergi.
permudahkan jalan untuk dia pergi.
kita bantu dia pergi bukan kita bunuh dia hidup-hidup.
dia sudah tidak ada peluang walau 5% sekalipun.
dengarlah....pikirlah.
jgn biar dia tanggung penderitaan terlalu lama.
permudahkanlah jalan untuk dia.
kita put down dia...bukan kita bunuh dia.
kita bantu dia..sbb doktor pon sendirie sudah cakap darwish
memnag tidak boleh diselamatkan lagie.
biarkan dia pergi dengan mudah.
tolonglah pikirkan demi kebaikan darwish.

aku mengangguk dan airmata ini berderai tidak pastie untuk keberapa puluh kali.
aku sedekahkan al-fatihah buat darwish.
doktor tutup pintu..kami tunggu diluar.
aku tidak kuat untuk melihat...
terlalu lemah kaki ini untuk berdirie.

dan akhirnya doktor memanggil kami masuk.
darwish sudah selamat pergi..tidak meronta.
dia pergi dengan tenang.
sayu keadaan ketika itu.
pak tua dan doktor membalut darwish bersama kain dan surat khabar.
aku lihat dari jauh...tidak kuat mahu memegang darwish.
langkahku longlai.
kaki aku terpaksa seret...dan paktua memapah aku dan mendukung darwish.


kami akhirmya membawa darwish pergi ke atas bukit.
di atas bukit yang tenang.
diatas bukit yang nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa.
di atas bukit tempat semadinya micko dan didi.



lubang darwish digali oleh pak tua.
sementara itu aku duduk dan meriba darwish.
alhamdulillah....cuaca baik..tidak hujan.
cuma...

kami terhidu bau wangi.
wangi umpama bau daun pandan.
tangan pak tua juga wangi.
syukur...dia pergi bertemankan bau yang sungguh harum.


pak tua membuka balutan suratkhabar.
dan baringkan darwish beralaskan baju kurung.
aku masih tegar mengambil gambar...aku mahu pemergian darwish ini.
punya bukti yang perlu dihadapi.
walaupon seluruh badan aku seram sejuk.
pemergiannya pada malam jumaat sungguh bermakna.
moga dia dilayan dan menjadi haiwan kesayangan di syurga pastinya.


kami letak perlahan-lahan..dan dia ditimbus.


smakin hilang dari pandangan.


semakin jauh dari kami...


akhirnya dia pergi ke alam lain.

sayang..
smalam mama mimpi kamu.
bersilih ganti dengan yang lain.
maafkan mama jika kamu terlalu merindui darwin
maafkan mama terlewat tahu puncanya kamu pergi.
maafkan mama sayang.
rehat dengan tenang.
tido dengan lena disana..
ditempat yang kekal abadi selamanya.

26 comments:

  1. Darwish, senoga kamu bahagia walau di mana kamu berada.

    Rehat dengan tenang!
    Sabar lyn,,

    ReplyDelete
  2. sedihnya lin, ezan turut bersedih, ezan faham mcm mana lin rasa saat ini, memang susah kan kita nak terima kalau haiwan kesanyangan kita matia,harap lin banyak2 bersabar yea...tenangkan hati dan banyakkan berehat


    semoga darwish , tenang disana

    ReplyDelete
  3. sedih sangat baca... =(
    memang sedih sangat bile kucing kite akan pergi jauh..tapi semuanya dah ditentukan..mungkin ade hikmah ape yg berlaku...harap misz pinkie bersabar banyak...ape yang hidup pasti akan pergi jugak....

    ReplyDelete
  4. Sedih sgt.. menitik air mata ni. Nasb baik xramai orang kt opis. budka laki kuar smbhyng jumaat, perempuan enth ke mana. Kalo x mau malu menangis dpan pc.. sabar ye.. Tuhan lbh menyayaginya.. dia pasti aman di sana. Hana pernah kehilangan Tami. Balik keje, terus dia kaku n dihurung semut.. sedih sgt2.. sekarang masih rasa lg matanya yg sayu ketika memandang Hana apabila duduk di riba bila tengok tv.. :-(

    ReplyDelete
  5. uwa...sedehnye...nape asik ade cerita kucing mati..misz sabar ye..biarkan die pergi dengan tenang..
    blackie kucing niss pon tak sehat sekarang..niss risau sgt..hope die sembuh..

    ReplyDelete
  6. lin,

    kalau itu yang terbaik darwish..redhakan lah pemergiannye..

    darwish,

    semoga kamu gembira di sane dengan oyen, cloudy n cinonet (kucing2 kite yg da pergi)

    - shEkin -

    ReplyDelete
  7. lin sabar yer,
    semoga di tenang bersama ading dan donkey...~mimie~

    ReplyDelete
  8. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul

    tumpang simpati dgn kehilangan lin...

    tentu Darwish sdg bahagia di sana, itu pasti krna dia pernah memiliki mama yg amat menyayanginya

    tabahkan hati lin..

    ReplyDelete
  9. sedey sgt ak bace ni yob..:'( harap ko bersabar ek..:'(

    ReplyDelete
  10. every hour i akan bukak blog u nak tau news about darwish...
    hanya tuhan yg tahu tahap kesedihan kita bila yg kita sayang pergi..
    tabahkan hati, anak2 u yg lain still need you.

    ReplyDelete
  11. semoga terus bersabar dah tabah ye lin...dugaan yang datang pasti membuatkan diri terus dekat dengan Allah s.w.t

    ReplyDelete
  12. lin, sabar ye...
    InsyaAllah, dia tenang di sana...

    baru AMD tahu, apa itu jaundis...
    slalu tahu demam kuning je utk baby...
    rupanya kucing juga boleh kena...

    ReplyDelete
  13. tenang kamu dsana,Darwish

    Lin,bersabar ye

    ReplyDelete
  14. saba yer MPW....mudah2an darwish tenang disana....

    ReplyDelete
  15. semoga darwish bahagia disana..

    sabar ye lin... semiga kamu tabah dgn semua ni..

    fiza pun terasa sedih sgt bila bace.. walaupun x pernah jumpe..

    ReplyDelete
  16. lin,sabar ye..smer ni dugaan utk lin.tul ckp pais..tiap yg idup pasti akan pergi jugak..cuma lmbt atau cpt je.kita yg msh de ni yg perlu doakn kebahgiaan & kerahmatan utk dia yg dh pegi..lin sbr ye..darwish syg lin..dia ttp akn igt ksh syg lin pd dia..& b'terima ksh sb jaga dia dgn baik skali..ok lin..kuatkn diri utk yg lain k..org sntiasa ada kalu nk ngadu pape k..

    ReplyDelete
  17. nangis baca entry ni . sabar ea . kucing saya dulu pun macam ni .

    ReplyDelete
  18. Lin...sedihhh sangat..kuatkan hati..syurga memang pasti untuknye..sabar banyak-banyak-banyak..

    ReplyDelete
  19. kawan-kawan
    terima kasih semua.
    kamu ada dekat dengan aku ketika aku dalam keadaan sebegini.
    terima kasih kamu ada dibelakang aku ketika aku jatuh dan bangun.

    ReplyDelete
  20. Huaaaaa sedehhhnyee.... tak tahan nak bace N3 kali nie, buat meleleh air mate. Takziahhh yee lin... Inilah yg perlu kita hadapi... Sedih tp kene redha jugak...

    ReplyDelete
  21. sedey la dear moga darwish bahagia dgn tenang disana...ayoo terusik hati ni sesaat tatkala menatap post lin..tibe teringat kat kitten qis yg baru pergi 2 hari lepas..

    ReplyDelete
  22. sedihnyer..sbr2,nnti diakhirat sna lin ngan darwish psti berjumper.

    darwish,bergembiralah kmu disna...
    nnti cri abng koko tau..:)
    [kucing saye yg dh mati..]

    ReplyDelete
  23. Nangis baca entry ni ..

    setakat ni dah 3x merasa perkara yg sama .. Sedih , hiba , pedih !! Meratapi pemergian Nico , Blackie dan Berry .. Semoga anak2 bulus semua tenang di sana ..

    RIP Darwish ..

    ReplyDelete